Peniaga dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus merebut peluang memasarkan produk mereka menerusi Program Transformasi Produk oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata inisiatif itu disediakan untuk membantu peniaga dan pengusaha PKS agar produk mereka mendapat tumpuan di pasar raya besar.
"Justeru, kementerian menyeru kepada peniaga dan pengusaha untuk mengambil peluang berjumpa dengan pegawai-pegawai berkenaan di bawah KPDNHEP untuk mendapatkan maklumat bagi mempromosikan produk mereka.
"Kita telah bekerjasama dengan pasar raya dan pusat beli belah untuk menyediakan tempat yang menarik bagi mempamerkan produk PKS dan ia akan menarik perhatian orang ramai," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM) peringkat Sandakan di sini.
Rosol berkata menerusi program itu, peniaga dan pengusaha PKS akan diberi bantuan dan bimbingan dalam aspek pembungkusan dan pelabelan produk supaya produk mereka lebih menarik dan menepati piawaian untuk menembusi pasar raya besar di negara ini.
Mengenai KBBM dan PJM, beliau berkata sambutan terhadap pembelian barang buatan Malaysia sangat menggalakkan sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai lepas.
Menurutnya, KPDNHEP juga merancang untuk memperluaskan kempen itu di luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 05 2020

KPDNHEP juga merancang untuk memperluaskan kempen itu di luar negara. -Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

KBBM: Rakyat perlu bangga guna barangan tempatan - Fuziah
Rakyat perlu berbangga menggunakan barangan tempatan dan tidak seharusnya terus dijajah dengan produk-produk keluaran luar negara.

Peningkatan pembelian barangan Malaysia bantu rangsang ekonomi domestik - Nanta
Keberkesanan KBBM dilihat apabila rakyat mula memilih untuk membeli barangan Malaysia sejak beberapa tahun lalu.

KBM 2022: Pelbagai pengisian menarik, sesi padanan perniagaan kepada pengunjung
Ia mengetengahkan elemen pameran dan jualan serta menyediakan peluang padanan perniagaan kepada usahawan.

KBBM, PJM akan diperhebatkan tahun hadapan - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KBBM telah mencatatkan impak positif kepada ekonomi domestik manakala PJM pula mencatatkan prestasi seperti yang disasarkan.

KBBM 2021 tingkat permintaan domestik, perkasa jaringan bekalan
KBBM 2021 dilihat mampu meningkatkan permintaan domestik dan memperkasakan rantaian jaringan bekalan kepada perusahaan tempatan yang terkesan akibat COVID-19.

Inisiatif, program KPDNHEP disambung semula selepas PKPB ditamatkan - Menteri
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu juga membolehkan aktiviti dan inisiatif kementerian diteruskan.

KBBM bantu lonjakan ekonomi negara, rangsang pendapatan usahawan
Inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dilihat berkesan dalam memudahkan akses capaian pengusaha produk tempatan kepada masyarakat.

Tanggungjawab pengguna, sokong Kempen Beli Barangan Malaysia
Kempen Beli Barangan Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai lalu yakin mampu merangsang kepada pemulihan dan daya saing ekonomi khususnya pasca pandemik.

Kempen beli barangan Malaysia ditambah baik - Nanta
Kempen Beli Barangan Malaysia akan terus ditambah baik sejajar dengan keperluan untuk merancakkan sektor perusahaan kecil dan sederhana PKS.

Peniaga dan pengusaha PKS disaran sertai Program Transformasi Produk
Inisiatif itu disediakan untuk membantu peniaga dan pengusaha PKS agar produk mereka mendapat tumpuan di pasar raya besar.