KUALA LUMPUR: Karnival Barangan Malaysia (KBM) 2022 yang akan berlangsung pada 14 hingga 16 Oktober ini di Perkarangan Angsana Johor Bahru Mall, Johor merupakan antara strategi baharu di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat terhadap barangan dan perkhidmatan tempatan.
Karnival anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu juga dilihat bakal merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, meningkatkan kesedaran terhadap kualiti produk serta perkhidmatan buatan tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, selain membantu pengusaha tempatan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, penganjuran KBM 2022 mengetengahkan elemen pameran dan jualan serta menyediakan peluang padanan perniagaan kepada usahawan.
“Dianggarkan lebih 120 reruai pempamer yang akan terlibat terdiri dari beberapa kluster, iaitu makanan dan minuman, kesihatan, pakaian, perabot dan beberapa kluster lain.
“KBM 2022 akan melibatkan usahawan-usahawan yang berdaftar dengan KPDNHEP dan juga akan melibatkan usahawan-usahawan dari Johor, iaitu Usahawan Persatuan Usahawan Johor, Usahawan Kejora dan usahawan-usahawan dari Kraftangan Malaysia Johor.
“KBM 2022 di Johor juga melibatkan beberapa segman khas, iaitu sesi padanan perniagaan dan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM),” katanya dalam program Niaga AWANI: Karnival Barangan Malaysia pacu industri tempatan, pada Rabu.
Dalam pada itu, Mohd Hairul Anuar menambah, pengunjung juga akan disajikan dengan pelbagai pengisian program yang menarik di sepanjang penganjuran.
Ia termasuk pameran dan jualan produk tempatan, taklimat advokasi dan sesi Wacana Usahawan Selebriti yang menampilkan selebriti jemputan seperti Datuk Rosyam Nor dan Datuk Fazley Yaakob.
“Antara lain, KBM 2022 juga menampilkan selebriti jemputan bagi sesi Wacana Rohani Keusahawanan, iaitu Adam Corrie dan juga gandingan adik-beradik Linda Rafar dan Diana Rafar pada hari 14 Oktober ini.
“Selain itu, terdapat juga persembahan selebriti pada 15 Oktober dan 16 Oktober ini menampilkan selebriti popular tanah air seperti Awie, Hazama, Marsha Milan, Afieq Shazwan, Amsyar Lee dan Wani Syaz.
“Kita turut melibatkan Sesi Padanan Perniagaan yang menampilkan lima syarikat pasaraya besar dan pusat pasaran sehenti terkemuka dalam negara seperti Lazada, Mesra Petronas, Econsave, The Store dan TF Value Mart,” katanya.
Jelasnya lagi, sempena KBM 2022, KPDNHEP turut menganjurkan Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2022 pada 14 Oktober ini jam 3.30 petang yang akan disempurnakan Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Ehsan A Marisah
Wed Oct 12 2022

Penganjuran KBM 2022 mengetengahkan elemen pameran dan jualan serta menyediakan peluang padanan perniagaan kepada usahawan. - Foto KPDNHEP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.

NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.