KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan kempen berimpak tinggi seperti Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) serta Program Jualan Malaysia (PJM) dan akan diperhebatkan pada tahun hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KBBM telah mencatatkan impak positif kepada ekonomi domestik manakala PJM pula mencatatkan prestasi seperti yang disasarkan.
"KBBM mencatatkan nilai jualan barangan buatan Malaysia bagi 2020 mencecah RM3.3 bilion berbanding RM2.87 bilion pada 2019.
"PJM pula turut mencatatkan prestasi seperti yang disasarkan, sasaran nilai jualan sebanyak RM100 bilion pada suku keempat tahun 2020 telah berjaya dicapai dengan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM135.9 bilion," kata beliau dalam ucapannya ketika merasmikan Anugerah Perdagangan Dalam Negeri 2020 (APDN 2020) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Ismail Sabri berkata kerajaan melalui KPDNHEP sentiasa menggerakkan jentera pemulihan ekonomi domestik menerusi inisiatif-inisiatif berimpak tinggi bagi merancakkan lagi perkembangan sektor perdagangan pengedaran.
"Salah satu langkah bagi menyokong pemulihan dan pemerkasaan semula sektor perdagangan dalam negeri ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM33 juta di bawah Bajet 2022 khusus untuk merancakkan semula sektor perdagangan pengedaran," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata melalui Program Imunisasi Sektor Peruncitan (RiVAC), hampir 56,000 pekerja di sektor peruncitan telah mendapat vaksinasi lengkap di seluruh negara melalui kerjasama awam dan swasta.
"Melalui Program RiVAC, ia secara langsung telah memberi jaminan perlindungan kepada pekerja di sektor peruncitan dan membantu merancakkan pemulihan ekonomi negara.
Kerajaan percaya, pencapaian-pencapaian ini adalah hasil kerjasama baik di antara semua pihak. Persepakatan seperti inilah yang saya mahu terapkan kepada semua pihak yang berkonsepkan 'Keluarga Malaysia'," katanya.
Ismail Sabri berkata pemantauan setiap hari merupakan manifestasi komitmen KPDNHEP atas tanggungjawab yang telah kerajaan berikan iaitu bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan mencukupi.
"Pihak penguat kuasa perlu melakukan pemantauan dan operasi yang lebih agresif untuk memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga hingga mengundang kemarahan pengguna," katanya.
Ismail Sabri turut menegaskan pendigitalan adalah agenda utama pada hari ini, malahan agenda itu juga menjadi fokus utama kerajaan untuk tahun-tahun mendatang.
"Kita perlu berani untuk 'reboot' (but semula) dan melaksanakan 'best practices' (amalan terbaik) dalam industri. Antaranya adalah mempercepat agenda digitalisasi.
Konsep perniagaan secara 'omni-channel' dan fokus kepada 'low touch' ekonomi (ekonomi dengan sentuhan minimum) perlu diberi penekanan. Sudah pasti kedua-dua agenda ini memerlukan pemain industri untuk menerima dan mengguna pakai teknologi serta digitalisasi dengan lebih meluas," katanya.
Pada majlis itu, sebanyak 25 kategori anugerah disampaikan termasuk melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Kedai Harga Patut, Francais, Jualan Langsung, Peruncitan, E-Dagang, Media dan Stesen Minyak.
Lima penerima anugerah utama ialah Fatihah Frozen Food Sdn Bhd bagi kategori produk terbaik, Mydin Mohamed Holdings Berhad yang memenangi penyertaan terbaik kategori Kempen Beli Barangan Malaysia dan Ecart Services Malaysia Sdn Bhd (Lazada Malaysia) sebagai Pengendali Pasar Dalam Talian Terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pada Majlis Anugerah Perdagangan Dalam Negeri 2020 (APDN 2020) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

KBBM: Rakyat perlu bangga guna barangan tempatan - Fuziah
Rakyat perlu berbangga menggunakan barangan tempatan dan tidak seharusnya terus dijajah dengan produk-produk keluaran luar negara.

Peningkatan pembelian barangan Malaysia bantu rangsang ekonomi domestik - Nanta
Keberkesanan KBBM dilihat apabila rakyat mula memilih untuk membeli barangan Malaysia sejak beberapa tahun lalu.

KBM 2022: Pelbagai pengisian menarik, sesi padanan perniagaan kepada pengunjung
Ia mengetengahkan elemen pameran dan jualan serta menyediakan peluang padanan perniagaan kepada usahawan.

KBBM, PJM akan diperhebatkan tahun hadapan - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KBBM telah mencatatkan impak positif kepada ekonomi domestik manakala PJM pula mencatatkan prestasi seperti yang disasarkan.

KBBM 2021 tingkat permintaan domestik, perkasa jaringan bekalan
KBBM 2021 dilihat mampu meningkatkan permintaan domestik dan memperkasakan rantaian jaringan bekalan kepada perusahaan tempatan yang terkesan akibat COVID-19.

Inisiatif, program KPDNHEP disambung semula selepas PKPB ditamatkan - Menteri
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu juga membolehkan aktiviti dan inisiatif kementerian diteruskan.

KBBM bantu lonjakan ekonomi negara, rangsang pendapatan usahawan
Inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dilihat berkesan dalam memudahkan akses capaian pengusaha produk tempatan kepada masyarakat.

Tanggungjawab pengguna, sokong Kempen Beli Barangan Malaysia
Kempen Beli Barangan Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai lalu yakin mampu merangsang kepada pemulihan dan daya saing ekonomi khususnya pasca pandemik.

Kempen beli barangan Malaysia ditambah baik - Nanta
Kempen Beli Barangan Malaysia akan terus ditambah baik sejajar dengan keperluan untuk merancakkan sektor perusahaan kecil dan sederhana PKS.

Peniaga dan pengusaha PKS disaran sertai Program Transformasi Produk
Inisiatif itu disediakan untuk membantu peniaga dan pengusaha PKS agar produk mereka mendapat tumpuan di pasar raya besar.