HULU LANGAT: Dalam kerancakan membina semula perniagaan, nasib seorang pengusaha rumah inap di Sungai Lui di sini tidak ubah seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila terpaksa berdepan bencana banjir baru-baru ini yang merencatkan kebangkitannya.
Mohamad Kamarul Anuar, 26, yang memulakan perniagaan empat tahun lepas di tanah pusaka milik keluarga, terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50,000 dan mengaku bahawa sedikit sukar bagi beliau untuk kembali memulihkan perusahaannya itu.
"Masa hari kejadian tu (18 Dis), kami baru sahaja selesai mengendalikan satu majlis perkahwinan di tempat kami dan itu merupakan acara yang pertama di tempat ini setelah sekian lama kami tak menjalankan perniagaan semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.
"Kalau ikutkan pada hujung tahun ini hinggalah awal tahun depan, tempahan kami penuh tapi malangnya sebaik sahaja kami baru nak bermula semula, bencana ini menimpa," katanya kepada Bernama di Teratak Dusun D'Lui pada Ahad.
Tinjauan Bernama di sekitar kawasan Teratak Dusun D'Lui mendapati katil, perabot, barang keperluan katering musnah ditenggelami banjir manakala beberapa lot baharu rumah inap yang dalam proses pembinaan turut musnah.
Mohamad berkata berdasarkan model perniagaan yang menumpukan kepada pakej mampu milik ditambah pula dengan usia perusahaan itu yang masih muda, beliau tidak mampu menampung kerugian yang dialami akibat bencana banjir itu.
"Di sini, satu majlis kami kenakan (bayaran) dalam anggaran RM3,000 ke RM4,000 bergantung kepada permintaan pelanggan dan majlis bukannya ada hari-hari, begitu juga dengan (permintaan untuk) rumah inap," katanya.
Meskipun begitu, graduan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah itu terus kekal optimis dan menjangkakan perniagaannya kembali beroperasi pada pertengahan 2022.
"Musibah kita tak boleh nak jangka, apa-apa pun kita kena bersedia dari segi mental dan fizikal.
"Jika kita rasa kita dah teruk, mungkin ada yang lebih teruk dengan rumah yang hilang, ada yang sampai kehilangan nyawa, apa-apa pun kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 26 2021
Mohamad Kamarul dan ibunya menunjukkan kawasan Teratak Dusun D'Lui di mana katil, perabot, barang keperluan katering musnah ditenggelami banjir manakala beberapa lot baharu rumah inap yang dalam proses pembinaan turut musnah. -Bernama
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.