BESUT:Seramai 20 pemilik bot pukat jerut dan bot bubu di sini merayu kerajaan menangguh dan mengkaji semula penguatkuasaan pelaksanaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing, yang dijadual bermula bulan depan memandangkan kadar yang dikenakan dianggap terlalu tinggi.
Wakil mereka, Mohd Ikhwan Mohd Zuki berkata apabila PLKS dilaksanakan nanti, setiap pengusaha bot perlu membayar RM8,240 bagi setiap awak-awak warga asing yang mereka ambil bekerja.
"Bayangkan saya yang mempunyai tiga buah bot dengan awak-awak warga asing seramai 70 orang, perlu membayar PLKS lebih RM500,000 untuk setahun. Itu belum termasuk kos bot pukat jerut untuk keluar menangkap ikan yang mencecah lebih RM40,000 hingga RM50,000.
"Pelaksanaan PLKS ini sudah tentu akan menambah beban pengusaha bot yang terpaksa menanggung kos yang tinggi sedangkan pendapatan sektor perikanan tidak menentu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan surat rayuan PLKS kepada Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut di sini.
Mohd Ikhwan berkata semua pengusaha bot Zon C Kuala Besut tidak mampu untuk membayar kadar yang dikenakan kerana tidak mempunyai kewangan mencukupi, apatah lagi sebahagian daripada 50 buah bot yang berdaftar di Kuala Besut sudah sembilan bulan tidak beroperasi akibat penularan pandemik COVID-19.
"Sejak pandemik COVID-19 ini hanya enam buah bot sahaja yang beroperasi, selebihnya kira-kira 44 buah bot lagi tersadai. Ia berpunca kerana awak-awak warga asing dari Thailand pulang ke negara mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan tidak dapat pulang semula untuk bekerja di sini sehingga sekarang," katanya.
Sementara itu Idris ketika ditemui pemberita pada majlis itu berjanji akan membawa permasalahan itu kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 30 2020

Pelaksanaan PLKS dianggap menambah beban pengusaha bot yang terpaksa menanggung kos yang tinggi sedangkan pendapatan sektor perikanan tidak menentu. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Operasi cari nelayan hilang diteruskan
Pada Sabtu seorang nelayan hilang dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika dalam perjalanan pulang daripada menangkap ikan.

Pengusaha bot rayu kerajaan tangguh, kaji semula PLKS
Apabila PLKS dilaksanakan nanti, setiap pengusaha bot perlu membayar RM8,240 bagi setiap awak-awak warga asing yang mereka ambil bekerja.

Op Benteng: Maritim usir dua bot nelayan Indonesia di perairan Perak
Ini adalah bot nelayan Indonesia yang kelima dan keenam menceroboh perairan Perak dan diusir keluar sejak 31 Okt 2020, kata Kapten Shahrizan Raman.