PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Sept ini bagi pengurusan kes rayuan pendakwaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.
Rahmat Mohamed Hazlan, seorang daripada peguam yang mewakili Samirah, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan bahawa pengurusan kes tersebut pada hari berkenaan akan dijalankan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.
Pada 21 Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ab Karim Ab Rahman, menetapkan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 47, yang juga balu Allahyarham Nazrin dan remaja berusia 16 serta 19 tahun berkenaan.
Dua hari selepas itu, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan tersebut.
Samirah, dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam, 13 Jun 2018 hingga 4 pagi, 14 Jun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Sept ini bagi pengurusan kes rayuan pendakwaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan. - Gambar fail/BERNAMA
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Bunuh bapa kandung, lelaki diperintah bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang lelaki membela diri atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya, lima tahun lepas.
Rogol anak OKU, bapa kekal dipenjara 25 tahun, 10 sebatan
Seorang bapa kekal dipenjara 25 tahun dengan 10 sebatan kerana merogol anak kandung perempuannya yang juga OKU.
'Bincanglah untuk selesaikan isu Duta Enclave' - Hakim
Mahkamah Rayuan berharap, kerajaan dan Semantan Estate berbincang dalam isu pertikaian pemindahan tanah di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur dengan segera.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 September 2024.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
Keputusan semakan Muhyiddin lepas bebas hari ini
Panel lima hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi dijangka memutuskan perkara terbabit pada jam 9 pagi.
Tuntutan Kumpulan Sulu: Malaysia peroleh kemenangan penting terakhir - Azalina
Kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda hari ini, yang membuat keputusan berpihak kepada Malaysia dan menolak rayuan difailkan oleh kumpulan Sulu.
Liwat rakan sel: Mahkamah Rayuan kekal hukuman 15 tahun, sebatan
Hakim Azmi menyatakan bahawa hukuman berat adalah perlu untuk kes jenayah seksual seperti ini bagi melindungi masyarakat dan mengekang nafsu seks liar yang tidak terkawal.
Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah
Seorang bekas tentera mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah pembayaran ganti rugi RM300,000 kepadanya.