KUCHING: Seorang pengurus sebuah syarikat di Bau, di sini kerugian kira-kira RM160,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan saham wang menerusi grup WhatsApp.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berusia 40-an itu pada mulanya tertarik dengan iklan belajar pelaburan dalam talian semasa melayari laman sosial Facebook pada September lepas.
"Kemudian nombor telefon mangsa dimasukkan ke dalam grup WhatsApp 'Stock Exchange Group' sebelum diajar cara membuat pelaburan dalam pasaran saham oleh seorang lelaki dikenali sebagai 'Jerry' yang mengaku sebagai pengurus kewangan syarikat menawarkan pelaburan tersebut.
"Setelah mendengar penerangan daripada suspek, mangsa telah berminat dan membuat pelaburan melalui sebuah laman web," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, katanya mangsa telah melakukan lima pemindahan wang berjumlah kira-kira RM160,000 ke dua akaun bank atas nama syarikat yang berlainan pada Oktober lepas.
Mohd Azman berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah RM20,000 berikutan akaun pelaburan tersebut telah dibekukan.
"Suspek turut mengarahkan mangsa membuat pembayaran tambahan untuk membolehkan dia melakukan pengeluaran wang," katanya.
Menurutnya mangsa telah membuat laporan polis pada 28 Okt lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Mohd Azman menasihati orang ramai agar membuat pelaburan di platform yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Mohd Azman berkata lelaki berusia 40-an itu pada mulanya tertarik dengan iklan belajar pelaburan dalam talian semasa melayari laman sosial Facebook pada September lepas. - Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Dua pembunuh termuda di UK dipenjara seumur hidup, bunuh mangsa dengan parang
Dua pembunuh itu membunuh mangsa dengan ditikam di jantung dan mengalami patah tengkorak di padang permainan Stowlawn, Wolverhampton.
Bekas pengasuh dipenjara 14 bulan, paksa, suap anak asuhan makan dengan kasar
Seorang bekas pengasuh dipenjara 14 bulan kerana mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lima bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, empat bulan lepas.
'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed
"Sepatutnya, saya cukur rambut anak perempuan pada tiga minggu lalu, namun perancangan Allah, saya pula yang dibotakkan," kata Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.
Rogol anak hingga bersalin, buruh dipenjara 72 tahun, 60 sebatan
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Cederakan anak saudara, tertuduh kes bunuh ibu, bapa dipenjara sembilan tahun
Seorang penganggur yang dituduh membunuh ibu bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman mereka di sini Ogos lepas, dihukum penjara sembilan tahun.
Hina Sultan Kedah, lelaki dipenjara sebulan, denda
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM4,000 selepas mengaku bersalah membuat hantaran berupa hasutan terhadap institusi diraja.
Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun
Ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun sejak Ogos lalu.
Pemandu mabuk sebabkan kematian dipenjara 10 tahun, denda RM70,000
Seorang penyelia syarikat hiasan dalaman dipenjara 10 tahun dan denda RM70,000 selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian.
Mahkamah Rayuan kekalkan penjara 10 tahun, sebatan terhadap bekas tentera kerana rogol
Seorang bekas anggota tentera gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan kerana merogol bekas teman wanitanya.
Suami cuba aniaya isteri, letak ganja dalam kereta dihukum penjara
Gara-gara cuba menganiaya isterinya dengan meletakkan lebih 500 gram kanabis di dalam kereta, seorang lelaki di Singapura berdepan padah apabila dia dihukum penjara hampir empat tahun.