ALOR SETAR: Seorang lagi penguat kuasa laut berpangkat Leftenan direman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot serta 'runner' sebagai balasan melindungi serta tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas bot nelayan.
Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 5 Mac 2023 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nurshahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai bertugas sebagai pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan di Langkawi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM, Kedah jam 9.30 pagi Selasa.
Kegiatan dilakukan suspek antara tempoh antara 2015 hingga 2022.
Penahanan suspek dalam operasi khas dikenali sebagai Op Tunda itu menjadikan jumlah tangkapan membabitkan penjawat awam adalah seramai enam orang.
Semalam SPRM menahan reman 10 individu termasuk seorang wanita terdiri daripada lima penjawat awam dan lima orang awam berusia antara 26 hingga 57 tahun bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan itu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Tangkapan dilakukan berhubung kegiatan pengambilan rasuah membabitkan tiga agensi penguat kuasa kerajaan terutama di utara tanah air iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Perlis selain pulau peranginan Langkawi.
Berdasarkan siasatan, rasuah diberikan pemilik bot nelayan dan pemilik sangkar ternakan ikan yang melakukan kesalahan antaranya tidak memiliki alat Pengesan Lokasi Individu (PLB), beroperasi tanpa permit atau lesen tamat tempoh, menggunakan pukat tunda, pukat harimau atau pukat buaya yang diharamkan.
Rasuah turut diberikan pemilik atau tekong bot nelayan yang melakukan kesalahan menangkap ikan di luar kawasan zon dibenarkan selain pemilik sangkar ternakan ikan yang menggaji pendatang asing tanpa izin (Pati) sebagai pekerja.
Pemberian rasuah membabitkan pemindahan wang ke akaun bank milik suspek, isteri ataupun proksi sejak tahun 2018.
Susulan pendedahan itu, SPRM bertindak melakukan siasatan menyeluruh di Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM sebelum tangkapan dilakukan di seluruh negara.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Mar 01 2023

Suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM, Kedah jam 9.30 pagi Selasa. - Foto Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Penguat kuasa berpangkat Leftenan ditahan terima rasuah dari nelayan
Seorang lagi penguat kuasa laut berpangkat Lefternan direman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot serta 'runner'.