KUALA LUMPUR:Langkah penguatkuasaan perlu diperketat bagi mengekang kegiatan haram dan tindakan tidak bertanggungjawab oleh syarikat dalam melupuskan bahan kimia dan sisanya, demikian menurut Majlis Industri Kimia Malaysia (CICM).
Kenyataan CICM memaklumkan bahawa antara lain, harus ada pendekatan lebih terselaras antara pihak berkuasa yang berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri dalam usaha melindungi sumber darat, air serta udara.
"Langkah-Langkah lestari perlu dikenal pasti dan dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kesan negatif pembuatan serta pengendalian bahan kimia ke atas manusia dan alam sekitar.
"Oleh itu, CICM meminta peluasan, akses dan penambahbaikan di kemudahan pengurusan sisa profesional di seluruh negara bagi memastikan bahawa kos pelupusan tidak terlalu tinggi selain berupaya mengekang pembuangan sisa atau sampah secara haram," katanya.
CICM turut menyatakan bahawa harus ada kemudahan pengurusan sampah atau sisa yang mudah diakses dan mencukupi bagi menampung pertumbuhan industri pembuatan.
"Kami juga menggesa penggunaan teknologi komunikasi yang inovatif dengan penyediaan aplikasi pelaporan secara dalam talian dan ketelusan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa di media sosial," katanya.
CICM menyatakan demikian ketika mengulas laporan pencemaran air di Sungai Selangor akibat tindakan membuang bahan kimia dari kawasan perindustrian Taman Velox di Rawang baru-baru ini yang menyebabkan loji rawatan air ditutup sehingga menjejaskan bekalan air kepada lebih sejuta akaun pengguna.
Sementara itu, Indah Water Konsortium (IWK) berkata ia telah melaporkan kemasukan air sisa berupa buih putih dan air warna merah ke tangki loji rawatan kumbahannya di Taman Velox pada 4 Nov lepas kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang pada hari yang sama.
IWK juga menghentikan pelepasan efluen di loji itu bagi mengelak sebarang pencemaran ke saliran perairan.
"Pada 5 Nov, SPAN dan IWK telah melakukan rondaan dan siasatan mendapati dua premis berhampiran loji disyaki melepaskan cecair putih berunsurkan kosmetik dan cecair berwarna merah yang dipercayai digunakan dalam cetakan kertas warna," menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.
Syarikat pembetungan itu berkata pada Selasa lojinya di Taman Velox turut dikesan dimasuki air sisa haram lain yang berwarna hijau.
"IWK segera memindahkan air sisa berwarna hijau tersebut melalui lori tangki ke loji rawatan kumbahan IWK yang lain untuk proses rawatan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

IWK melaporkan kemasukan air sisa berupa buih putih dan air warna merah ke tangki loji rawatan kumbahannya di Taman Velox pada 4 Nov lepas. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pengkuatkuasaan perlu diperketat untuk kekang aktiviti pelupusan sisa kimia haram - CICM
Harus ada pendekatan lebih terselaras antara pihak berkuasa yang berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri dalam usaha melindungi sumber darat, air serta udara.

Masuk Malaysia dengan pas pelancong, sebenarnya melacur di premis urut
Suspek berusia 37 tahun itu disyaki tiba ke negeri ini sejak dua minggu lalu dengan menggunakan pas pelancong.

Enam premis judi haram dipotong bekalan elektrik untuk elak beroperasi
Pemilik pusat perjudian atas talian ubah modus operandi dengan menjadikan rumah persendirian sebagai pusat kegiatan.

Presiden Brazil berdepan tuduhan halang keadilan
Menurut kenyataan pejabat ketua pendakwa itu, Temer dituduh bersama enam lagi rakan politiknya.

Polis Perak minta orang ramai jangan bayar kepada 'ulat parkir'
Orang ramai sebaliknya perlu melaporkan aktiviti itu kepada pihak berkuasa secepat mungkin untuk diambil tindakan.

Bendung gejala rasuah perlu kesungguhan politik - Musa Hassan
Kewujudan sindiket haram adalah kerana berlaku rasuah dan mereka mempunyai pengaruh ke atas parti politik yang mentadbir negara.