ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh atau Pedra Branca.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata meskipun ada yang beranggapan Batu Puteh tiada kepentingan ekonomi yang signifikan namun tidak boleh dinafikan kepentingannya dari sudut kedudukan strategik maritim.
Katanya kehilangan Batu Puteh memberi kesan negatif kepada rakyat terutamanya nelayan yang mengeluh kerana sumber pendapatan mereka terjejas
"Meskipun saiznya sebesar padang bola (8,560 meter persegi), Batu Puteh terletak begitu dekat dengan Johor iaitu 14.3 kilometer dari Tanjung Penyusop, Johor berbanding 46 kilometer dari Changi, Singapura.
"Kedudukan Batu Puteh juga amat strategik, iaitu terletak di laluan utama bagi kapal-kapal dagang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.
"Batu Puteh sebelum ini merupakan kawasan perikanan penting bagi nelayan kita dan juga tempat mereka berteduh ketika ombak besar dan ribut. Bahkan pada ketika ini, kita sudah menerima laporan bahawa ramai nelayan-nelayan kita yang sudah dihalau keluar dari kawasan berdekatan Batu Puteh oleh pengawal pantai Singapura.
"Memandangkan Batu Puteh kini menjadi hak Singapura, ini akan menimbulkan pertikaian tuntutan bertindih kawasan maritim, apatah lagi jarak Batuan Tengah milik Malaysia hanya sekitar satu kilometer daripada Batu Puteh.
"Pertikaian tersebut kini menjadi lebih serius apabila laporan menyatakan bahawa Singapura telah mula menjalankan kerja-kerja penambakan di Batu Puteh, sedangkan perbatasan maritim masih lagi dalam perundingan dan belum dimuktamadkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada sidang Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
BACA: Kehilangan Pulau Batu Puteh kesilapan kerajaan Johor - Dr Mahathir
BACA: Sultan Ibrahim kecewa, Johor seolah-olah dianaktiri
Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata sebagai seorang pemimpin juga, janganlah disebabkan dendam kesumat dan iri hati, Johor dan rakyatnya menjadi mangsa, malah keputusan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap Batu Puteh telah dibuat oleh pemimpin PH.
Katanya, ini soal kedaulatan dan maruah negara malah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pernah menyebut secara jelas bahawa Batu Puteh pernah menjadi milik Kesultanan Johor Lama.
"Persoalannya siapa yang menasihati kerajaan membuat keputusan yang melulu sedangkan Peguam Negara dicutikan ketika itu.
"Rakyat Malaysia terutamanya bangsa Johor amat mengambil berat dan pandang serius terhadap perkara itu. Mana mungkin maruah dan kedaulatan negara ini digadaikan begitu sahaja.
"Ia bukan sahaja telah meninggalkan satu 'precedent' yang buruk kepada negeri dan negara, malah mencatatkan satu detik hitam dalam sejarah negara kita yang berdaulat," katanya lagi.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Jun 26 2022
Onn Hafiz berkata meskipun ada yang beranggapan Batu Puteh tiada kepentingan ekonomi yang signifikan namun tidak boleh dinafikan kepentingannya dari sudut kedudukan strategik Maritim. - Gambar fail
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
Batu Puteh: Tun M nafi buat keputusan bersendirian
Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu, keputusan tersebut dibuat oleh Kabinet pada ketika itu.
12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Jun untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja urusan dalaman Malaysia - MFA Singapura
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) penubuhan RCI itu "adalah urusan dalaman Malaysia".
RCI Batu Puteh bolehkan siasatan lanjut - Azalina
Azalina berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara.
Mohd Hatta gagal kembalikan saman berhubung tuntutan Batu Puteh
Mohd Hatta Sanuri gagal dalam usaha mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Batu Puteh.
Batu Puteh: Peguam Negara Malaysia-Singapura perlu dilibatkan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura.
PM Anwar "sahabat lama Singapura", pembangunan di Pedra Branca masih ditangguh - Menteri Luar Singapura
Ramai Menteri Singapura mengenali rakan sejawat di Malaysia sehingga selama beberapa dekad, dan mereka sentiasa berhubung.
KKM bentang Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat - PM Anwar
Anwar berkata, ini berikutan dapatan mengenai proses yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.
Malaysia - Singapura setuju runding isu penambakan Batu Puteh
Meskipun ICJ menetapkan kawasan itu milik Singapura, namun, Malaysia meminta negara jiran itu meneliti penambakan yang berlaku di situ.
Batu Puteh: Singapura perlu hormat hak Malaysia teruskan semakan semula
Singapura seharusnya menghormati hak Malaysia untuk meneruskan semakan semula ke atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai Batu Puteh.