PUTRAJAYA: Mohd Hatta Sanuri gagal dalam usaha mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Batu Puteh.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara menolak rayuan Mohd Hatta selepas mendapati perayu tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri dan kerajaan sebagai responden.
"Tuntutan itu jelas menyalahgunakan proses mahkamah, dan responden telah memenuhi ambang Perintah 18, Peraturan 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (membatalkan permohonan), bahawa perkara berhubung tuntutan Mohd Hatta adalah tidak wajar. Oleh itu kami menolak rayuan perayu dengan kos RM10,000," katanya.
Hakim Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim Datuk See Mee Chun dan Mohamed Zaini Mazlan, turut menolak rayuan Mohd Hatta terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jan tahun lepas yang membenarkan permohonan perdana menteri dan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah perlindungan bagi dokumen berkaitan.
"Kami dapati tiada merit dalam rayuan itu. Kami bersetuju dengan responden bahawa dokumen itu bersifat sensitif, yang melibatkan hubungan diplomatik dan dua hala antara kerajaan Malaysia dan Singapura. Kami menolak rayuan dengan kos RM5,000, " katanya ketika menyampaikan keputusan hari ini melalui prosiding dalam talian.
Pada 1 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman Mohd Hatta selepas membenarkan permohonan perdana menteri dan kerajaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz semasa membenarkan permohonan itu berkata perkara berkenaan tidak boleh diadili dan Mohd Hatta juga tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membawa tindakan undang-undang terhadap defendan (perdana menteri dan kerajaan).
Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ pada 23 Mei 2003 yang memberikan bidang kuasa perundangan keatas Batu Puteh (dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura) kepada Singapura walaupun sebelum perbicaraan kes itu, yang dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.
Pada 28 Mei 2021, Mohd Hatta memfailkan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang didakwanya terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Mohd Hatta memohon perintah supaya defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ pada 1 Jun 2018, sedangkan permohonan semakan semula dengan bukti yang kukuh telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Feb 2017.
Beliau turut memohon deklarasi bagi kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Batu Puteh dan berdasarkan kerugian ekonomi yang dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata, berjumlah sekurang-kurangnya RM10 juta tiap seorang.
Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh defendan kedua (kerajaan) untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Feb 2017 sehingga tarikh mereka menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.
Terdahulu, peguam Mohaji Selamat yang mewakili Hatta berhujah bahawa perayu mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan undang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh kerana ia membabitkan kedaulatan negara.
Menurutnya tindakan penarikan semula semakan itu mengakibatkan kerugian bukan sahaja kepada perayu tetapi kepada 32 juta rakyat Malaysia.
"Kos yang banyak dikeluarkan untuk memulakan semakan ini di ICJ, namun tindakan menarik balik semakan secara tiba-tiba iaitu dua minggu sebelum pendengaran menyebabkan kerugian kepada rakyat negara ini," katanya.
Beliau berhujah tindakan undang-undang difailkan anak guamnya bukan berasaskan spekulasi berikutan Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan berpendapat penarikan balik semakan itu adalah tidak teratur dan tidak wajar.
"Oleh yang demikian, kes ini sepatutnya didengar melalui perbicaraan penuh dan bukannya dibatalkan oleh mahkamah. Saya mohon rayuan perayu dibenarkan," kata peguam itu.
Sementara itu Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Liew Horng Bin yang mewakili responden berhujah bahawa pemohon tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan undang-undang.
"Apakah hak perayu sebagai warganegara untuk memulakan kes ini? Jika dia gagal mengenal pasti haknya, kami berhujah bahawa perayu tidak mempunyai locus standi," katanya sambil menambah bahawa tuntutan perayu adalah penyalahgunaan proses mahkamah.
Liew, yang dibantu oleh SFC Shamsul Bolhassan, seterusnya berhujah bahawa keputusan responden untuk menarik balik semakan ICJ dibuat selepas menimbangkan nasihat undang-undang yang diberikan oleh pakar undang-undang asing yang dilantik oleh kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023

Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan Mohd Hatta selepas mendapati perayu tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri dan kerajaan sebagai responden. - Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.

Mohd Hatta gagal kembalikan saman berhubung tuntutan Batu Puteh
Mohd Hatta Sanuri gagal dalam usaha mengembalikan semula samannya berhubung penarikan balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan Batu Puteh.