Kementerian Kewangan pada Sabtu meminta para pengendali restoran dan kedai makanan untuk mengurangkan caj perkhidmatan mereka agar tidak membebankan rakyat.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata kadar caj perkhidmatan di restoran dan kedai-kedai makanan sebanyak 10 peratus adalah agak tinggi.
Katanya kerajaan sekarang sudah memberikan banyak kelonggaran kepada mereka dan diharapkan mereka akan dapat mengurangkan kadar caj perkhidmatan itu.
"Saya berharap para pengendali restoran dan kedai-kedai makanan dapat meneliti semula kutipan caj perkhidmatan mereka sebanyak 10 peratus kerana saya berpendapat kadar itu agak tinggi dan membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Pesta Tanglung di Bukit Bendera di sini, Sabtu.
Lim berkata beliau faham akan kutipan caj perkhidmatan itu adalah bagi menampung bayaran gaji pekerja restoran dan kedai berkenaan tetapi kadar itu patut dikurangkan.
Terangnya, kerajaan telah banyak beri kelonggaran seperti menaikkan nilai ambang ke RM1.5 juta ke atas makanan dan minuman, pengecualian cukai terhadap penjualan rokok di bawah nilai ambang RM500,000 dan pengecualian cukai kepada penyewaan warung-warung kecil di kedai-kedai makanan.
"Saya ingin membuat secara baik-baik dan memohon agar para pengendali restoran dan kedai makanan dan minuman akan meneliti semula caj perkhidmatan mereka demi kebaikan semua pihak," katanya.
Sementara itu, Lim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih mengakui bahawa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ada menyebabkan kenaikan harga barang tetapi tidak naik setinggi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau yang mengulas berkata jumlah kutipan SST setahun berjumlah RM21 bilion, manakala jumlah kutipan GST berjumlah RM44 bilion jelas menunjukkan GST lebih membebankan rakyat.
"Impak sebenar pelaksanaan kebaikan SST berbanding GST akan diketahui setahun kemudian," katanya.
Lim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Lim akhirnya mengakui pelaksanaan SST menyebabkan kenaikan harga barang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 22 2018
LIM: Saya ingin membuat secara baik-baik dan memohon agar para pengendali restoran dan kedai makanan dan minuman akan meneliti semula caj perkhidmatan mereka demi kebaikan semua pihak. - Gambar fail
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
McDonald's Singapura akan mula kenakan caj untuk sos tambahan
Sos seperti BBQ, Kari dan Madu Mustard akan dikenakan caj S$0.50 (RM1.70) setiap paket jika pelanggan meminta paket tambahan.
Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh tidak terlibat kenakan caj kepada waris jenazah
Jabatan itu hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah.
DBKL perkenal kaedah pembayaran baharu caj tempat letak kereta bahu jalan
Orang ramai boleh menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir semalam.
Pesara TNB didakwa menipu RM65,000
Tertuduh Ammeran Abu, 64 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Ahmad Azhari Abdul Hamid.
Tiada caj hotel selama enam bulan di P. Pinang, bermula 1 Julai
Ia adalah usaha kerajaan negeri untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan.
Bil air Mei tinggi disebabkan penyelarasan bil April dan Mac - SPAN
Bil yang dikeluarkan pada bulan Mac dan April adalah mengikut bacaan secara anggaran kerana operator agihan air tidak membuat bacaan meter sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Hanya Noor Hisham boleh keluar kenyataan rasmi berkenaan influenza - Dr Dzulkefly
Sebarang kenyataan rasmi mengenai perkembangan virus influenza hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Guna internet dengan percuma sehingga hujung tahun? Ini #khabarbaik daripada unifi!
Mahu menonton drama atau filem kegemaran namun anda sering berdepan dengan masalah kelajuan internet? Atau anda sudah mula terfikir untuk menukar perkhidmatan jalur lebar kerana caj terlalu mahal.
MACPC: Bersainglah secara sihat, jangan aniaya pengguna - PPIM
Datuk Ma'amor Osman berharap perkara itu tidak lagi ditangguh pelaksanaannya kerana pengguna dapat mempertahankan hak mereka
Langganan telco, ini enam perkara anda perlu tahu
Ini yang perlu dititik beratkan sebelum membuat langganan, bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.