SHAH ALAM: Pengekalan syarat lama bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta pembatalan perubahan pada syarat berkenaan memberi kelegaan kepada ibu bapa dan murid-murid.
Jawatankuasa Permuafakatan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu turut menyuntik kembali semangat ibu bapa dan murid-murid khususnya yang telah lama menanam impian melanjutkan pelajaran ke MRSM.
Menurut kenyataan itu, keputusan berwibawa Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk membuka kembali ruang buat semua pelajar tanpa mengira aliran termasuk mengekalkan kuota 10 peratus untuk bukan bumiputera membuktikan beliau cakna akan rakyat.
"Ini bersesuaian dengan semangat 'Keluarga Malaysia' yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Jawatankuasa ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan kepimpinan Majlis Amanah Raykat (Mara) yang telah mengambil keputusan bijak lagi prihatin bagi mengekalkan syarat asal layak memohon MRSM," menurut kenyataan itu.
Semalam, media melaporkan kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke MRSM tanpa mengambil kira aliran sekolah selari dengan konsep 'Keluarga Malaysia' yang diperkenalkan Perdana Menteri.
Mahdzir berkata semua pelajar berhak mendapat peluang menyambung pelajaran di MRSM sekali gus cadangan perubahan dasar berkaitan perkara itu yang diumumkan sebelum ini tidak diguna pakai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Keputusan itu turut menyuntik kembali semangat ibu bapa dan murid-murid khususnya yang telah lama menanam impian melanjutkan pelajaran ke MRSM. - Gambar hiasan
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Asyraf Wajdi pertahan ‘terjah’ MRSM
Sesi tinjauan secara mengejut yang dilakukan di beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukanlah untuk membuka aib, sebaliknya memastikan peruntukan duit rakyat dimanfaatkan secara berkesan.
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Kualiti peserta Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 meningkat ketara
Kualiti lebih 500 pendebat yang mengambil bahagian dalam Debat MRSM Se-Malaysia Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) 2024 telah meningkat dengan begitu ketara sekali.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid
Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.