SEREMBAN: Terdapat peningkatan ketibaan pelancong asing di beberapa lapangan terbang di seluruh negara sejak beberapa hari lepas berikutan langkah kerajaan mengecualikan visa selama 30 hari untuk pelawat dari China dan India mulai 1 Dis lepas.
Anthony Loke (PH-Chennah) yang juga Menteri Pengangkutan berkata malah kemasukan pelancong luar negara ke Malaysia juga dijangka terus meningkat menjelang tahun hadapan dan ia perlu diambil peluang oleh Negeri Sembilan yang berada berhampiran pintu utama negara.
"Justeru, kerajaan negeri perlu meningkatkan promosi dan produk pelancongan supaya pertambahan kedatangan pelancong itu akan turut memberi tempias kepada negeri ini. Beberapa hari ini, lapangan terbang seluruh negara mulai sesak kerana pertambahan pelancong.
Jadi kita perlu berusaha dan ada strategi tertentu untuk menarik pelancong, semua daerah ada tarikan, mesti ada usaha berterusan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini pada Selasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata pengecualian itu merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari Negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata kementeriannya juga sedang memohon kelulusan Kementerian Ekonomi bagi menjadikan stesen baharu kereta api moden di sini sebagai sebahagian daripada Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) di antara Seremban dan Kuala Lumpur.
"Ini bagi memastikan pembinaan projek kereta api di tapak asal di sini dapat dilaksanakan segera. Kita nak jadikan stesen kereta api itu sebagai pusat pembangunan atau mercu tanda penting bagi Seremban," katanya.
Beliau berkata justeru, pihak berkuasa tempatan diharapkan dapat memberikan kelulusan untuk memulakan projek berkenaan dengan kadar segera supaya ia mampu disiapkan dalam tempoh 24 bulan atau sebelum 2026 yang diisytiharkan Tahun Melawat Malaysia.
Loke berkata projek kereta api itu tidak akan menganggu fakad atau bahagian hadapan bangunan stesen kereta api sedia ada ketika ini sekali gus bagi mengekalkan sejarahnya.
Yew Boon Lye (PH-Chuah) pula menyuarakan isu masalah air di beberapa kawasan di Port Dickson dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) berikutan kawasan berkenaan terputus bekalan air hampir setengah bulan pada bulan lepas.
Beliau mencadangkan SAINS mengadakan perbincangan dengan Syarikat Air Selangor bagi menyalurkan bekalan air sekiranya terdapat sebarang masalah bekalan air di kawasan Chuah, terutama di Kampung Baru Tanah Merah Site A seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.
Mohd Razi Mohd Ali (BN-Sungai Lui) pula mencadangkan supaya kawasan ladang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijadikan hab pengeluaran ruminan sekali gus meningkatkan pengeluaran bekalan daging haiwan ruminan di negeri ini.
"Secara tidak langsung ia menambah pendapatan bagi pengusaha terlibat. Pertanian merupakan sektor yang sangat penting di Negeri Sembilan dan diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM22.75 juta (dalam Belanjawan negeri 2024)," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Cennah Anthony Loke Siew Fook semasa sesi perbahasan pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 pada Selasa. - Foto BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Rakyat Malaysia diberi pengecualian visa 30 hari ke India mulai 1 Julai ini
Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu, bermula 1 Julai ini hingga 30 Jun tahun depan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju lanjut pengecualian visa
China bersetuju melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 sementara Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga penghujung 2026.
China setuju lanjutkan tempoh pengecualian visa untuk rakyat Malaysia - Ahmad Zahid
China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MAHB catat jumlah pergerakan penumpang lebih 11 juta pada Februari 2024
Antara faktor penyumbang adalah cuti sekolah selama sebulan, Festival Musim Bunga Cina selama lapan hari, pengenalan syarikat penerbangan baharu dan kekerapan tambahan.
Pengecualian visa: Pergerakan penumpang di lapangan terbang Malaysia catat pertumbuhan
Pergerakan penumpang di lapangan terbang di seluruh negara mencatatkan pertumbuhan dua digit dalam tempoh dua bulan ini.
AirAsia umum promosi tambang istimewa 7 destinasi India Selatan
AirAsia mengumumkan promosi tambang istimewa RM189 sehala bagi tujuh destinasi India Selatan bermula sekarang hingga 24 Dis, 2024.
Thailand sasar pelawat perniagaan Jepun dengan pengecualian visa mulai Januari 2024
Pengecualian itu untuk merangsang kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, khususnya melalui promosi perdagangan, pelaburan dan aktiviti perniagaan.
Pelbagai usaha dan promosi dijalankan untuk tarik pelancong China dan India ke Pulau Mutiara
Selain memperkenalkan hotel-hotel dan produk pelancongan di negeri ini, promosi itu turut menawarkan diskaun bilik-bilik hotel.
Pengecualian visa disambut baik di Sabah, Sarawak
Sarawak mengalu-alukan keputusan tersebut dan berharap sektor pelancongan di negeri ini melonjak pada tahun hadapan.