KUALA LUMPUR: AirAsia mengumumkan promosi tambang istimewa RM189 sehala bagi tujuh destinasi India Selatan bermula sekarang hingga 24 Dis, 2024, sempena pengumuman langkah kemasukan tanpa visa dari India ke Malaysia baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata harga promosi itu terpakai untuk perjalanan ke Chennai, Tiruchirappalli, Kochi, Hyderabad, Bengaluru, Kolkata dan akan datang, Thiruvananthapuram.
"Inisiatif ini menandakan peristiwa penting dalam mengukuhkan hubungan antara dua negara, dan bagi meraikannya, AirAsia melancarkan laluan baharu, Thiruvananthapuram, bermula 21 Feb, 2024," katanya pada acara Pengumuman Meraikan Kemasukan Tanpa Visa AirAsia di sini hari ini.
Tempoh perjalanan bagi kesemua destinasi berkenaan bermula serta-merta dan berakhir pada 30 Sept, 2024, katanya.
Beliau berkata inisiatif itu merupakan tambahan kepada pengumuman AirAsia berikutan peningkatan perkhidmatan antara Malaysia dan India, dengan jumlah 69 penerbangan mingguan yang mengagumkan, bermula pada suku pertama 2024, dengan sehingga 1.5 juta tempat duduk setahun.
Riad berkata syarikat penerbangan kos rendah itu akan memperkenalkan penerbangan ke Jaipur, Goa, Varanasi dan Vizag pada separuh pertama tahun depan, bermula dengan Jaipur.
"Kami pasti dengan inisiatif ini membolehkan lebih ramai pelancong dari India berkunjung ke Malaysia dan destinasi lainnya dengan harga yang berpatutan," katanya.
Syarikat perbangan itu juga berazam mengakhiri 2023 dengan cemerlang dan melangkah ke tahun baharu dengan permulaan yang baik dalam sektor pengembaraan.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan langkah kemasukan 30 hari tanpa visa untuk warga China dan India mulai 1 Disember, sebagai sebahagian daripada sambutan perkongsian strategik 50 tahun antara Malaysia dan China tahun depan.
"Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain untuk terus menggerakkan senario pelancongan Malaysia ke potensi sepenuhnya," kata Riad sambil menambah syarikat penerbangan itu berhasrat menambah bilangan pesawat bagi meningkatkan jumlah penerbangan tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Harga promosi itu terpakai untuk perjalanan ke Chennai, Tiruchirappalli, Kochi, Hyderabad, Bengaluru, Kolkata dan akan datang, Thiruvananthapuram. - Gambar/ Bernama
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Muhammad Hafiz rangkul gelaran antarabangsa pertama di Dubai
Muhammad Hafiz mendahului kedudukan selepas lapan permainan dengan melakukan 1,744 jatuhan pin di Pusat Boling Antarabangsa Dubai, Al Mamzar.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India
Pelabur ekuiti kehilangan sekitar 17 trilion rupee India (AS$196 bilion) berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS).

TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional.

7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre
GBS adalah penyakit neurologi yang menyebabkan kebas, lemah dan kesakitan secara tiba-tiba, selain menyebabkan cirit-birit.

Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.

11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.