KUCHING: Pengumuman pengecualian visa kepada pengunjung dari beberapa negara diyakini dapat meningkatkan kehadiran pengunjung ke negara ini dan mengembalikan semula kemeriahan sektor pelancongan di Sarawak dan Sabah.
Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak mengalu-alukan keputusan tersebut dan berharap sektor pelancongan di negeri ini melonjak pada tahun hadapan berbanding kehadiran tiga juta pengunjung pada tahun ini.
Pada masa yang sama, beliau juga berharap aspek keselamatan negara tidak diabaikan kerana berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak imigresen, ada pengunjung dari China yang masuk ke negara ini tidak mempunyai rekod keluar.
"Imigresen tidak tahu di mana keberadaan mereka, adakah mereka masih berada di dalam negara atau sebaliknya...kita perlu lebih berwaspada terhadap mereka yang datang. Kita mahu mereka yang datang betul-betul melancong, memberikan manfaat kepada sektor pelancongan, membawa keharmonian dan kesejahteraan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Agung Tritahunan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) di sini, pada Selasa.
Perdana Menter,i Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India untuk tujuan lawatan bagi tujuan sosial, melancong dan perniagaan mulai 1 Dis.
Bagi pemain industri pelancongan di Sarawak dan Sabah, mereka yakin langkah itu akan membantu sektor pelancongan negara termasuk di kedua-dua negeri itu.
Lina Tsen, 38, pemandu pelancong dari agensi pelancongan Cat City Holidays berkata, pengecualian visa itu disifatkan sebagai langkah positif yang boleh melonjakkan sektor pelancongan negara, kerana setelah sekian lama seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19 sudah tiba masanya Malaysia membuat perubahan bagi merancakkan sektor pelancongan.
"Banyak kesan positif, bukan sahaja memudahkan urusan pelancong yang datang malah sektor lain juga akan mendapat manfaat seperti sektor perhotelan, inap desa, kraftangan, operasi perkhidmatan makanan dan minuman serta peniaga kecil-kecilan turut mendapat manfaat. Ada yang datang atas urusan kerja, mereka ini cenderung untuk berbelanja selain mengambil peluang untuk melihat keistimewaan di negara kita," katanya.
Seorang lagi pemandu pelancong, Catohrinner Joyce, 34, berkata, beberapa kemudahan seperti papan tanda di lapangan terbang juga perlu ditambah baik.
"Kita perlu menerima hakikat dalam usaha menerima pelancong pelbagai negara, kita juga perlu memperbaiki kemudahan sedia ada dengan papan tanda yang universal," katanya.
Di SABAH, Pengerusi Koperasi North Borneo Semporna Berhad, Kerino Jalani berkata, dengan pengecualian visa, pelancong boleh datang ke Sabah untuk melawat pusat peranginan khususnya di kawasan pantai timur yang terkenal dengan keindahan pulaunya.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pelancongan Bumiputra Tempatan Semporna berkata, kedatangan pelancong asing itu juga akan dapat menambahkan pendapatan para pengusaha resort dan chalet.
"Selain itu, para pengusaha juga akan dapat menaik taraf perkhidmatan dengan menawarkan tempat penginapan yang selesa dan memenuhi kehendak pelancong dari dalam mahupun luar negara," katanya kepada Bernama.
Kerino yang juga memiliki pusat peranginan berkata, dengan kedatangan pelancong berkenaan, pengusaha tempatan juga akan dapat mempelajari dan meningkatkan penguasaan bahasa negara luar.
Pengarah Urusan Eko Pelancongan Pulau Buta juga Koperasi Perniagaan Akuakultur Sabah, Jessica Reyes berpendapat, langkah itu dilihat memberi kesan positif kepada kawasan yang mudah untuk dilawati pelancong.
Namun, beliau berkata, bagi kawasan pelancongan di daerah Lahad Datu agak sukar untuk dilawati oleh para pelancong luar kerana faktor utamanya ketiadaan lapangan terbang.
"Hanya pesawat Fokker sahaja boleh mendarat di sini (Lahad Datu), jadi kebanyakan pelancong kami harus membeli tiket penerbangan sambung, tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur (KL) ke Lahad Datu, Sandakan atau Tawau," katanya yang juga Pembantu Setiausaha Persatuan Pelancongan Lahad Datu (PPLD). - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak mengalu-alukan keputusan tersebut dan berharap sektor pelancongan di negeri ini melonjak pada tahun hadapan berbanding kehadiran tiga juta pengunjung pada tahun ini. - Gambar Bernama
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Dalam tempoh hanya seminggu, serangan udara dan darat Israel di Lubnan memaksa lebih 200,000 orang melarikan diri merentasi sempadan ke Syria, yang sudah bertahun-tahun berdepan masalah perang saudara dan ancaman kebuluran.
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Kini, giliran Syria menjadi tuan rumah kepada penduduk yang terdesak mencari perlindungan dari peperangan.
Thailand tidak berhasrat mansuhkan skim pengecualian visa
Thailand tidak akan memansuhkan skim pengecualian visa dan visa semasa ketibaan yang sedia ada susulan cadangan pelaksanaan sistem Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA).
Malaysia harap China timbal balik kemudahan pengecualian visa 30 hari
Malaysia berharap China menimbal balik kemudahan pengecualian visa buat rakyat negara ini selama 30 hari seperti yang diberikan Malaysia.
Rakyat Malaysia diberi pengecualian visa 30 hari ke India mulai 1 Julai ini
Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu, bermula 1 Julai ini hingga 30 Jun tahun depan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju lanjut pengecualian visa
China bersetuju melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 sementara Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga penghujung 2026.
China setuju lanjutkan tempoh pengecualian visa untuk rakyat Malaysia - Ahmad Zahid
China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MAHB catat jumlah pergerakan penumpang lebih 11 juta pada Februari 2024
Antara faktor penyumbang adalah cuti sekolah selama sebulan, Festival Musim Bunga Cina selama lapan hari, pengenalan syarikat penerbangan baharu dan kekerapan tambahan.
Pengecualian visa: Pergerakan penumpang di lapangan terbang Malaysia catat pertumbuhan
Pergerakan penumpang di lapangan terbang di seluruh negara mencatatkan pertumbuhan dua digit dalam tempoh dua bulan ini.
AirAsia umum promosi tambang istimewa 7 destinasi India Selatan
AirAsia mengumumkan promosi tambang istimewa RM189 sehala bagi tujuh destinasi India Selatan bermula sekarang hingga 24 Dis, 2024.
Thailand sasar pelawat perniagaan Jepun dengan pengecualian visa mulai Januari 2024
Pengecualian itu untuk merangsang kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, khususnya melalui promosi perdagangan, pelaburan dan aktiviti perniagaan.