Langkah mengecilkan lokaliti kawasan yang disyaki terkesan dengan virus Rabies atau penyakit anjing gila sedang dilaksanakan ketika ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata selain itu bekalan vaksin di klinik-klinik kesihatan dan hospital berhampiran juga ditingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga.
"Kita juga sedang menyiasat secara terperinci bagi mengenal pasti sumber wabak tersebut bagi membolehkan pengawalan penularan dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun ke-58 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini malam tadi.
Ketika ditanya mengenai proses menghapus haiwan khususnya anjing di kawasan disyaki, Uggah berkata perkara tersebut sedang diperhalusi bersama Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA).
Pada Jumaat lepas, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dijangkiti virus rabies di Kampung Paon Sungai Rimu Bakung dan Kampung Lebur, Gedong, dalam daerah Serian, dan sedang dirawat di ICU HUS.
Dua beradik terbabit, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya enam tahun, manakala mangsa ketiga kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
Di SERIAN, beberapa orang penduduk menceritakan pengalaman berdepan dengan beberapa ekor anjing yang disyaki menghidap rabies.
Tatag Jan, 76, berkata beliau terkejut dan tidak sangka anjing peliharaan rakannya yang selalu mesra bertindak liar dan menggigit.
Kejadian itu berlaku kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Gawai (1 Jun), ketika dia pergi ke rumah rakannya itu bagi berbincang untuk meminjam lori.
"Kejadian sekitar 7 atau 8 malam, sebaik tiba (di rumah rakan) anjing itu menyerbu lalu menggigit bahagian atas buku lali kaki kiri," katanya kepada Bernama.
Tatag berkata beliau kemudiannya pulang ke rumah mencuci dan menyapu minyak gamat di bahagian yang luka akibat gigitan.
"Tetapi saya fikir ada tidak kena dengan anjing itu dan saya ambil keputusan dapatkan rawatan di Hospital Serian," katanya yang bersyukur tidak mengalami sebarang kesan buruk selepas itu.
Seorang lagi penduduk Kampung Paon Sungai Rimu yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandar raya Kuching, Edwin Kevin, 30an, berkata anaknya berusia tujuh tahun juga menjadi mangsa gigitan anjing kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Gawai.
Katanya ketika kejadian anaknya sedang bermain di hadapan rumah secara tiba-tiba diserang anjing jiran.
"Anjing itu berada di bawah sebuah kereta, tiba-tiba menyerang anak saya. Anjing itu berkelakuan tidak normal, dihalau pun dia berpusing-pusing kejar anak saya," katanya.
Edwin mengambil keputusan segera mendapatkan rawatan di Hospital Serian untuk mengelak kejadian lebih buruk berlaku.
"Nasib anak saya cepat dapatkan rawatan, cuma selepas dapatkan rawatan ada dia deman tetapi sekarang sudah sembuh," katanya.
Seorang mekanik motosikal Herman Linus, 30an, berkata dia membunuh tiga ekor anjing dipercayai gila sejak bulan Mei.
"Dua dewasa satu masih kecil. Terpaksa buat begitu sebab sudah nampak ciri-ciri berpenyakit.
"Seekor yang dewasa itu sentiasa berada berhampiran laluan kanak-kanak ke sekolah. Saya ambil keputusan untuk hapuskan untuk elak kejadian tidak diingini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2017
Berhubung proses menghapus haiwan khususnya anjing di kawasan disyaki, Uggah (gambar) berkata perkara tersebut sedang diperhalusi bersama Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak. - Gambar fail
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.