KUALA LUMPUR: Saat menerima perkhabaran kematian keluarga terdekat yang dijangkiti virus pembunuh COVID-19, pastinya akan menjadi detik yang paling memilukan tatkala terpaksa berhadapan hakikat kehilangan insan tersayang.
Lebih menyedihkan, ahli keluarga juga tidak berkesempatan untuk menatap kali terakhir apatah lagi mencium jenazah berikutan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan dalam pengurusan jenazah pesakit COVID-19 untuk mengelakkan penularan wabak itu.
Menyedari kesedihan dan beban perasaan yang terpaksa ditanggung oleh kaum keluarga mangsa, Pusat Sehenti Sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Pusara WPKL), Kompleks Sukan Institut Sukan Negara, Kampung Baru, di sini mengambil inisiatif memperkenal kaedah terkini yang membolehkan waris membuat pengecaman secara digital.
Pengarah operasinya Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata pihaknya amat memahami pengendalian jenazah pesakit COVID-19 yang tidak boleh dilakukan seperti mana biasa, akan meninggalkan kesan perasaan mendalam terhadap waris apatah lagi anggota keluarga tidak boleh melawat pesakit COVID-19 ketika berada di hospital.
"Menyedari hakikat itu, Pusara WPKL menyediakan kemudahan identifikasi jenazah dengan seorang waris yang lengkap dipakaikan PPE akan melakukan pengecaman secara fizikal di dalam khemah pengecaman, manakala dua orang waris lagi boleh melihat wajah si mati melalui skrin televisyen di satu tempat khas yang disediakan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya tempat khas itu dilengkapi dengan sistem pengecaman digital melalui paparan pada skrin televisyen yang disambung kepada kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi (HD), membolehkan waris merakam atau membuat panggilan video secara langsung untuk dikongsi kepada lebih ramai anggota keluarga lain yang tidak hadir.
Pakar perubatan forensik daripada Institut Perubatan Forensik (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berpengalaman selama 14 tahun itu berkata Pusara WPKL mula beroperasi sejak 20 Julai lepas dan telah menguruskan 1,058 jenazah pesakit COVID-19 setakat ini.
"Pusat yang beroperasi 24 jam ini menerima jenazah dari HKL, berkeupayaan menguruskan penyerahan maksimum 30 jenazah pesakit COVID-9 muslim dan 20 mayat bukan Islam dalam satu-satu masa.
"Kita dilengkapi lima kontena mayat yang mampu menampung 225 kapasiti simpanan jenazah dengan kadar penggunaan ketika ini hampir 70 peratus. Penyerahan jenazah COVID-19 kepada waris biasanya dilakukan dari 7 pagi hingga 6 petang," katanya.
Sementara itu, seorang sukarelawan Aliimran Nordin, 34, yang ditugaskan menyantuni anggota keluarga jenazah pesakit COVID-19 dapat merasakan kesedihan yang ditanggung oleh waris ketika melakukan proses pengecaman melalui kemudahan yang disediakan itu.
"Ada anggota keluarga jatuh terduduk, emosi dan raut muka bertukar selepas melihat wajah insan tersayang di skrin komputer dan biasanya mereka akan meluahkan rasa ralat tidak dapat uruskan jenazah seperti biasa apatah lagi menciumnya.
"Ada juga waris yang sedang dikuarantin kerana kontak rapat kepada jenazah pesakit COVID-19 membuat pengecaman itu menerusi panggilan video," katanya sambil memaklumkan setiap keluarga hanya diberikan masa lima minit untuk melakukan pengecaman.
Mudzakkir Mohd Zahidi, 30, yang kematian bapanya Mohd Zahidi Mohd Zain, 54, akibat COVID-19 berkata beliau menggunakan aplikasi Google Meet di telefon semasa proses pengecaman digital bagi membolehkan lebih ramai saudara mara menatap wajah jenazah bapanya terutama mereka yang tinggal di kampung.
"Kita sedia maklum pengendalian jenazah pesakit COVID-19 berbeza dan tidak dapat bersua muka secara dekat dengan ahli keluarga lain kerana sekatan perjalanan, sekurang-kurang kaedah ini mengubat kerinduan dan tanda ingatan terakhir sebelum jenazah dikebumikan," katanya yang tinggal di Shah Alam, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Pusara WPKL, Kompleks Sukan Institut Sukan Negara, Kampung Baru mengambil inisiatif memperkenal kaedah terkini yang membolehkan waris membuat pengecaman secara digital. - Foto BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama strategik 'twin city' Putrajaya-Shanghai
Dr Zaliha Mustafa hari ini menyuarakan hasrat memperkukuh kerjasama strategik twin city antara Wilayah Persekutuan, khususnya Putrajaya dengan Shanghai melalui program pertukaran kepakaran.
JIM akan laksana enam reformasi proses kerja, penyampaian perkhidmatan
Pusingan kerja untuk ketua, penyelia dan pegawai imigresen akan dilaksanakan segera untuk pegawai yang telah berkhidmat lebih daripada tiga tahun.
Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas - Polis
Bedah siasat terhadap bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Alor Gajah mendapati punca kematiannya disebabkan lemas.
Makluman dari perniagaan mengenai JS-SEZ sedang ditangani - Onn Hafiz
Kerajaan Johor dan persekutuan sedang mengambil langkah serius untuk menangani maklum balas dan kebimbangan perniagaan mengenai Zon Ekonomi Khas (JS-SEZ) Johor-Singapura yang akan datang.
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.