BENTONG: Polis Bentong menahan seorang wanita yang juga pengasuh kepada bayi perempuan berusia 10 bulan pada Khamis kerana disyaki mencederakan bayi terbabit di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita berusia 26 tahun ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di bandar Bentong kira-kira jam 12.30 pagi.
Menurutnya, hasil siasatan awal, suspek telah menarik telinga mangsa dan menyebabkan kecederaan ringan di telinga kiri bayi terbabit pada 8 Februari lalu.
"Mangsa dirujuk ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan susulan.
"Pusat jagaan itu juga didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 14 Februari dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Ibu bapa juga dinasihatkan supaya memastikan menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan yang memiliki kelulusan," tambahnya lagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 12 2022

Polis menahan seorang pengasuh yang disyaki mencederakan bayi perempuan berusia 10 bulan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak. -Gambar hiasan

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sempat ceroboh rumah di Karak selepas curi Honda City
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.45 tengah malam selepas pemilik rumah yang didiami sepasang suami isteri dan tiga anak menghubungi pihak polis.

Polis cari lelaki bantu siasatan kes tipu pakej kahwin
Suspek Muhammad Lutffi, 28, dikehendaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Parti liar: 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan di Janda Baik
Seramai 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri dipercayai penganjur parti liar ditahan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong awal pagi Khamis.

Pinjaman RM2.5 juta tak dapat, pesara guru rugi RM472,941
Tujuan wanita itu buat pinjaman RM2.5 juta ialah untuk bantu rakan warga Amerika Syarikat yang mengalami kerugian dalam perniagaan.

Pengasuh ditahan disyaki cederakan bayi 10 bulan
Hasil siasatan awal, suspek telah menarik telinga mangsa dan menyebabkan kecederaan ringan di telinga kiri bayi terbabit pada 8 Februari lalu.

Empat lelaki ditahan rompak warga asing
Kesemua suspek berusia 22 hingga 35 tahun itu diberkas dalam sebuah serbuan di sebuah kawasan perumahan di bandar ini pada Khamis.

Lelaki ditahan larikan pakaian dalam wanita
Polis menjumpai sejumlah besar pakaian dalam wanita dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian dalam biliknya.

Untung pelaburan tak dapat, duit simpanan RM36,188 lebur
Penipuan itu bermula awal bulan ini apabila lelaki terbabit berkenalan dengan seorang perempuan melalui laman sosial.

Tiga lori bawa misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik - Polis
Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa.

Susulan arahan tutup sepenuhnya, Polis Bentong tinjau kawasan kasino Genting
Orang ramai dirayu agar terus patuh kepada arahan Majlis Keselamatan Negara bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.