BENTONG: Seorang lelaki ditahan selepas melarikan pakaian dalam wanita di Kampung Kemansur di sini pada Rabu.
Lelaki terbabit yang juga seorang warga asing berusia 36 tahun berjaya ditahan dalam serbuan di rumah sewa suspek kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu selepas bapa mangsa berusia 54 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang selepas bapa mangsa dimaklumkan oleh jirannya bahawa seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di kawasan rumahnya.
Menurutnya, tidak lama kemudian, anak perempuannya telah memberitahu bahawa beberapa pakaian dalam miliknya didapati hilang dari ampaian di belakang rumah mereka.
"Bertindak atas laporan polis, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong telah menahan seorang lelaki warga asing yang juga seorang penganggur.
"Suspek berjaya ditangkap hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Ujarnya, pihak polis menjumpai sejumlah besar pakaian dalam wanita dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian dalam biliknya.
Tambahnya, suspek telah ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui samada saspek turut melakukan di kawasan-kawasan lain dalam daerah Bentong dan buat masa ini hanya satu laporan polis dibuat," katanya lagi.
Dalam pada itu, Zaiham meminta masyarakat agar terus berwaspada dan menghubungi pihak polis sekiranya mengesan sebarang bentuk pelakuan jenayah.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 05 2021

Seorang lelaki ditahan selepas melarikan pakaian dalam wanita di Kampung Kemansur di sini pada Rabu. -Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.

Polis tahan lelaki warga emas berkelakuan tidak senonoh
Polis menerima laporan berkenaan seorang lelaki mencium pakaian dalam wanita yang dijemur dan melakukan onani.

Lelaki ditahan larikan pakaian dalam wanita
Polis menjumpai sejumlah besar pakaian dalam wanita dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian dalam biliknya.

Pembelian dalam talian pakaian dalam wanita meningkat sejak PKP - Kaji selidik
Selain pakaian dalam wanita, serbuk gelatin dan juga kuali merupakan antara produk yang mencatatkan lonjakan jualan dalam talian sejak PKP bermula.