Wanita Malaysia memenuhi kebosanan terkurung di rumah dan mungkin juga sebagai satu cara untuk memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri dengan membeli pakaian dalam baharu, apabila satu kajian menunjukkan jualan produk tersebut meningkat 900 peratus hanya dalam masa sebulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain pakaian dalam wanita, serbuk gelatin dan juga kuali merupakan antara produk yang mencatatkan lonjakan jualan dalam talian sejak PKP bermula.
Satu kaji selidik oleh Commerce.Asia Group of Companies (Commerce.Asia), ekosistem teknologi dan penyelesaian data raya e-dagang, menyaksikan pertumbuhan Volum Barangan Kasar (GMV) melonjak sebanyak 149 peratus tahun ke tahun dalam suku pertama 2020 sejak PKP bermula.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Commerce.Asia Ganesh Kumar Bangah dalam satu kenyataan hari ini berkata e-dagang terus menjadi satu daripada segelintir industri yang berkembang maju dalam tempoh mencabar ini, apabila ekosistem itu mencatatkan peningkatan yang sangat menggalakkan pada suku pertama 2020.
Commerce.Asia juga melihat perubahan kekal dalam tingkah laku pengguna, apabila ramai yang menjangka akan terus melakukan pembelian mereka menerusi pasaran digital walaupun selepas PKP ditarik balik.
"Membeli belah dalam talian kini adalah 'kebiasaan baharu' memandangkan pandemik COVID-19 telah membawa kepada lonjakan perniagaan e-dagang di seluruh dunia apabila orang ramai beralih kepada platform dalam talian.
"Kami melihat pertumbuhan ketara dalam jualan peniaga kami dalam pelbagai kategori produk. Perubahan dalam tingkah laku belian ini menunjukkan rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri kepada situasi kehidupan baharu," kata Ganesh.
Commerce.Asia memanfaatkan pangkalan datanya untuk menganalisis trend jualan daripada 30 hari sebelum PKP berbanding 30 hari semasa PKP dalam seluruh rangkaian peniaganya dan menyusun senarai kategori produk e-dagang paling pantas berkembang dengan keputusan yang memberangsangkan.
Tingkah laku pembelian pengguna nampaknya memulakan keluk berbeza sejak PKP.
Ketika sebahagiannya adalah pembelian praktikal barangan penting, pembelian lain agak mengejutkan, memandangkan negara sedang menjalani PKP, kata Ganesh.
Jualan barangan penting seperti makanan, peralatan mandian dan produk bayi melonjak seperti yang dijangkakan tetapi apa yang mengejutkan adalah jualan pakaian dalam wanita berada di tangga teratas.
Dengan kesihatan menjadi kebimbangan utama, tidak menghairankan sarung tangan lateks mencatatkan pertumbuhan jualan 888 peratus kerana orang ramai berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri daripada virus tersebut.
Jualan peralatan kecergasan rumah juga meningkat sebanyak 200 peratus.
Ganesh berkata memandangkan permintaan pengguna yang di luar jangkaan menerusi platform dalam talian, peniaga bukan sahaja perlu memenuhi pesanan ini tetapi juga mesti memastikan pengaturan logistik bagi memastikan serahan tepat pada masa.
"Logisik memainkan peranan penting dalam menyokong e-dagang dengan memastikan proses dan penghantaran pesanan yang cekap. Selain itu, perkhidmatan logistik dan pengangkutan menyokong rantaian bekalan rantaian penting yang memastikan kesinambungan bekalan harian kepada pengguna," ujarnya.
Beliau juga menasihati perniagaan eDagang melengkapkan diri mereka dan kakitangan mereka dengan sumber yang sesuai bagi menguruskan operasi dari jarak jauh dengan hanya sedikit atau tanpa sebarang gangguan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 17 2020

Trend pembelian dalam talian menunjukkan aktiviti memberangsangkan sejak PKP dilaksana. - Gambar hiasan

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Pembelian dalam talian pakaian dalam wanita meningkat sejak PKP - Kaji selidik
Selain pakaian dalam wanita, serbuk gelatin dan juga kuali merupakan antara produk yang mencatatkan lonjakan jualan dalam talian sejak PKP bermula.