BENTONG: Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan membabitkan kerugian RM20,900.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek dikenali Muhammad Lutffi, 28, dikehendaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pihak polis telah menerima dua aduan pada Isnin berkaitan penipuan pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.
"Mangsa masing-masing iaitu ibu pengantin berusia 57 tahun dan pengantin berusia 28 tahun mendakwa terpedaya selepas melihat iklan pakej perkahwinan di laman Facebook.
"Antara pakej ditawarkan termasuk set pelamin, baju pengantin, pakej persolekan, jurugambar, khemah dan katering.
"Setelah bersetuju untuk mengambil pakej tersebut, mangsa diminta datang berjumpa suspek untuk berunding dan meminta bayaran penuh bagi menempah pakej perkahwinan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zaiham berkata, selepas mangsa membuat pembayaran penuh, suspek menghilangkan diri.
"Hasil siasatan awal mendapati syarikat itu wujud dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Lokasi butik pengantin dikenal pasti di bandar Bentong dan kini telah ditutup," katanya.
Dalam pada itu, Zaiham turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 27 2022

Suspek Muhammad Lutffi, 28, dikehendaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Foto fail/PDRM

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Polis cari lelaki bantu siasatan kes tipu pakej kahwin
Suspek Muhammad Lutffi, 28, dikehendaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.