IPOH: Seorang pengarah syarikat kerugian RM348,673 akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud menggunakan aplikasi 'OSL' yang ditawarkan kenalan laman media sosialnya.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 58 tahun itu membuat laporan polis sebaik menyedari wang dilaburkan tidak mendapat pulangan.
Beliau berkata pengadu berkenalan dengan seorang wanita secara maya menerusi Facebook pada 27 Julai lepas yang telah memperdayakannya untuk membuat pelaburan menerusi satu aplikasi dikenali sebagai OSL.
"Bagi tempoh 12 Ogos hingga 26 Ogos 2023, pengadu telah memasukkan dana sebanyak lapan kali ke dalam tujuh akaun bank yang berlainan berjumlah RM348,673.
"Setelah beberapa hari, pengadu mendapati akaun pelaburan OSL pengadu telah memperolehi keuntungan sebanyak RM1.06 juta (RM1,060,085.41)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, apabila pengadu ingin mengeluarkan wang keuntungan tersebut, suspek telah meminta bayaran 30 peratus daripada jumlah keuntungan itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Justeru, Mohd Yusri mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
"Dalam perkara ini, orang awam boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika anda merupakan mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dan anda baru sahaja membuat transaksi ke akaun keldai," katanya.
Selain itu, katanya, sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan boleh disalurkan kepada CCID Infoline menerusi aplikasi WhatsApp di talian 013-2111222 (waktu operasi 8 pagi hingga 8 malam) selain melayari laman sosial pihak polis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 58 tahun itu membuat laporan polis sebaik menyedari wang dilaburkan tidak mendapat pulangan. - Gambar fail/BERNAMA
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.
Malaysia-Pakistan sasar tingkatkan hubungan perdagangan
PM Anwar Ibrahim dan Shehbaz Sharif komited meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan, dengan fokus pada eksport, teknologi pertanian, farmaseutikal, dan kerjasama sektor pekerja mahir.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
[LAPOR LANGSUNG] Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
635 pengarah syarikat dihalang keluar Malaysia akibat tunggakan caruman KWSP
KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan itu diambil di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.
Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung
Seorang pengarah syarikat perkhidmatan perunding kewangan dan pelaburan mengaku tidak bersalah memindahkan wang syarikat lebih RM3 juta ke dalam akaun bank miliknya tanpa kelulusan mesyuarat agung.
Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah seleweng lebih 15,000 liter diesel
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Dua pengarah syarikat didenda miliki kelengkapan komunikasi tidak diperkaui
Kedua-dua individu itu masing-masing didenda RM5,500 dan RM2,500 selepas mengaku bersalah.
Pengarah syarikat lesap RM1.3 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 45 tahun berurusan dengan individu tidak dikenali di WhatsApp dan telah melakukan transaksi sejak 29 April hingga 28 Mei lepas.
8 pengarah Top Builders didenda RM405,750 dan teguran terbuka oleh Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Securities Bhd telah menjatuhkan hukuman denda RM405,750 terhadap lapan pengarah Top Builders Capital Bhd.
Tuntutan palsu hampir RM1 juta: SPRM tahan pengarah syarikat
Suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada 2021 babitkan kerja penyelenggaraan stor minyak dan bilik penginapan berjumlah lebih RM490,000.
Pengarah syarikat ditahan beri rasuah 'meja snuker, ping pong'
SPRM Pulau Pinang mereman seorang pengarah syarikat kerana disyaki memberi suapan berjumlah kira-kira RM13,000.
Pemandu lori didakwa menipu pengarah syarikat RM1.03 juta
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas tuduhan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan kerugian RM1.03 juta.
Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang ketua jabatan sebuah kementerian dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu.