KUALA LUMPUR: Seorang pengarah sebuah syarikat kejuruteraan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen bagi pembaharuan lesen daripada sebuah syarikat minyak dan gas, empat tahun lepas.
Mohd Yusof Ab Rahman, 55, Pengarah syarikat Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di Menara Berkembar Petronas di sini, pada 26 April 2018.
Dokumen itu menyatakan dia bukan pemegang amanah bagi pegangan saham syarikat Aker Engineering Malaysia untuk permohonan pembaharuan lesen SWEC melalui Enterprise Buyer Portal, milik syarikat minyak dan gas itu yang tertuduh ketahui dokumen tersebut adalah palsu kerana dia adalah pemegang amanah syarikat tersebut untuk pegangan saham berkenaan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Law Chin How menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan jumlah jaminan itu tidak dibantah oleh peguam S.Devanandan, yang mewakili Mohd Yusof.
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Feb ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Mohd Yusof Ab Rahman, 55, Pengarah syarikat Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. - Gambar fail/Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Suami isteri didakwa palsukan borang JPPH
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemalsuan enam borang Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Bekas KP MIROS mengaku tidak bersalah palsukan dokumen
Bekas Ketua Pengarah MIROS didakwa atas empat pertuduhan memalsukan dokumen sebut harga bagi beberapa kenderaan dalam ujian pelanggaran.

Imigresen tahan lelaki warga Myanmar disyaki terlibat kegiatan palsu dokumen perjalanan
Lelaki itu ditahan dipercayai ketika dalam perjalanan untuk menghantar Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu kepada pelanggan.

Penjana Kerjaya: Kemuka dokumen palsu, pemilik syarikat didenda RM25,000
Seorang pemilik syarikat didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan Dana Insentif Program Penjana Kerjaya 1.0.

Warga Bangladesh mengaku tidak bersalah palsukan dokumen untuk pembaharuan pasport
Kazi Monir dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Taman Usahaniaga, Bukit Mertajam, kira-kira 7.30 malam pada 8 Februari lepas.

Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran
Kedua-dua mereka dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu.

Dua pemilik syarikat didenda RM50,000 palsukan dokumen
Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen dalam permohonan tender pembersihan tiga tahun lalu.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Palsukan dokumen: Pengurus syarikat didenda RM6,000, penjara sehari
Tertuduh mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu tuntutan bekalan minyak petrol dan diesel.

Pengarah syarikat didakwa palsu dokumen pembaharuan lesen milik syarikat minyak dan gas
Mohd Yusof Ab Rahman, 55, Pengarah syarikat Aker Engineering Malaysia Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.