KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Beliau mendahului senarai 299 penerima pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) 2023 sesi kedua, yang berlangsung di Istana Negara.
Sesi pertama istiadat berkenaan diadakan pada Selasa.
Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah PGPP kepada Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Sahabudin Abd Manan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman Datuk Nerita Yaacob.
Selain itu, turut menerima darjah PGPP ialah Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Pada istiadat itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis kepada 60 penerima, Darjah Pahlawan Pasukan Polis (87 penerima), Darjah Kesatria Pasukan Polis (15 penerima) dan Darjah Kebesaran Bentara Pasukan Polis (131 penerima).
Penganugerahan DKPP diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.
Hadir sama ke istiadat itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Mohd Khalid mendahului senarai 299 penerima pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) 2023 sesi kedua, yang berlangsung di Istana Negara. - Gambar/ Bernama
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Agong zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-57 SPRM
Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan
Kelantan meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan pada setiap 29 September sebagai cuti umum.
Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Lawatan Negara ke China satu kejayaan - Agong
Sultan Ibrahim bertitah banyak perkara telah dibincang bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang serta diterima baik oleh kedua-dua pemimpin.
Agong selamat tiba di tanah air daripada Lawatan Negara ke China
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba ke tanah air selepas mengadakan Lawatan Negara ke China selama empat hari.
Agong berangkat pulang ke tanah air, akhiri Lawatan Negara empat hari ke China
Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas mengakhiri Lawatan Negara pertama ke China selama empat hari bermula 19 Sept.
Agong lawat pusat penyelidikan pesawat COMAC di Beijing
Sultan Ibrahim meluangkan masa lebih sejam di pusat berkenaan dan turut berkesempatan mencuba simulator penerbangan yang disediakan.
Agong berkenan luang masa bertemu diaspora Malaysia di China
Lebih 300 diaspora Malaysia yang hadir antaranya ahli perniagaan, penuntut universiti dan warga kedutaan Malaysia ke China.
Sultan Ibrahim berkenan namakan Kursi Pengajian Melayu di BFSU atas nama baginda
Yang di-Pertuan Agong berkenan menamakan Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University dengan nama Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Beijing
Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Great Hall of the People bersempena dengan Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke China.