Seorang wanita bukan sahaja dirompak tetapi dirogol lelaki durjana yang memecah masuk rumah sewanya di Taman Kampung Kolam, Paka, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi, wanita berusia 29 tahun itu dirogol lelaki bertopeng dan hanya berseluar dalam ketika menceroboh bilik tidurnya.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata mangsa yang baharu beberapa bulan mendirikan rumah tangga tidur bersendirian kerana rakan serumahnya tiada.
Beliau berkata walaupun sanggup menyerahkan apa sahaja kecuali tidak mengapa-apakan dirinya, lelaki bertopeng tersebut tetap bertindak kejam mengacu gunting di leher mangsa, lantas merogolnya.
"Mangsa baharu kahwin selama lima bulan dan tinggal menyewa bersama rakan kerana suaminya bekerja di Kuala Lumpur.
"Sewaktu kejadian mangsa terjaga dan melihat pintu bilik terbuka serta bangun untuk menutupnya tetapi ditolak oleh lelaki tidak dikenali.
"Suspek mengatakan kepada mangsa ingin melakukan hubungan seks tetapi mangsa enggan dan mengatakan sudah berkahwin.
"Suspek meletak gunting di leher mangsa dan terus merogolnya. Mangsa bergelut dengan suspek menyebabkannya cedera di peha kiri akibat terkena gunting," katanya.
Baharudin berkata, sebelum melarikan diri suspek turut merampas wang tunai sebanyak RM200 dan sebuah telefon bimbit serta mengugut akan membunuh mangsa sekiranya membuat laporan polis.
"Selepas suspek melarikan diri, mangsa keluar menaiki motosikal untuk meminta bantuan.
"Mangsa kemudiannya dibawa oleh seorang pengawal keselamatan di Paka untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.
"Gerakan memburu suspek kini sedang dijalankan dan mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan kesihatan," katanya.
Sinar Harian
Fri Oct 05 2018

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi, wanita itu dirogol lelaki bertopeng dan hanya berseluar dalam ketika menceroboh bilik tidurnya. -Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki ditahan rompak wanita bersenjatakan gunting di Puchong
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merompak seorang wanita dengan bersenjatakan gunting di sebuah rumah di Puchong Utama, Puchong kira-kira 9 malam tadi.

Lelaki maut ditikam anak saudara dengan gunting
Suspek dan mangsa dikatakan terlibat dalam pertengkaran, sebelum suspek menikamnya di bahagian dada dengan objek tajam.

Wanita Vietnam didakwa serang polis guna gunting
Tertuduh didakwa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan mengacukan gunting terhadap Inspektor Mohd Shahrol Firrdaus Senawi.

Lelaki gunting jalur gemilang ditahan polis
Polis hari ini menahan seorang lelaki tempatan disyaki menggunting Jalur Gemilang berdekatan sebuah premis di Jalan Ampang semalam.

Khayal akibat dadah, kemaluan penganggur dicederakan rakan wanita
Lelaki berusia 47 tahun berkenaan hanya menyedari kecederaan itu selepas tersedar jam 7.55 pagi Jumaat.

Gunting rambut di kedai, rumah masih dilarang - Ismail Sabri
Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi meskipun kes jangkitan COVID-19 melibatkan rakyat tempatan semakin berkurang.

Warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara
Tertuduh, Soo Weng Lai, 32 tahun, didakwa membunuh Phyoe Phyoe kira-kira jam 6.30 petang 2 September lalu di rumah No 9A Tingkat 1, Laluan Sri Pengkalan, Batu Gajah.

Lelaki bersenjatakan gunting tiba-tiba 'naik hantu'
Polis menahan seorang lelaki bersenjatakan gunting yang mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak di luar kawalan dalam kejadian di sebuah flat di Bukit Gedung, Bayan Baru pada Sabtu.

Pengantin dirogol lelaki bertopeng, berseluar dalam di Dungun
Mangsa yang baharu beberapa bulan mendirikan rumah tangga tidur bersendirian kerana rakan serumahnya tiada.