SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengenai pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan terutama tren secara percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan pelajar dalam masa terdekat.
Menterinya Anthony Loke berkata perkara itu (pengangkutan percuma OKU dan pelajar) memang sudah ada dalam perancangan kementerian sebelum ini bertujuan untuk membantu dan memperkasakan golongan berkenaan.
Malah, beliau juga telah meminta KTMB untuk mengoptimumkan subsidi yang disalurkan daripada kerajaan bagi memberi manfaat dan kemudahan kepada golongan sasar terutama warga OKU dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan itu di seluruh negara.
"Semalam selepas mesyuarat saya telah meminta pihak operator khususnya KTMB dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagaimana kita nak laksanakannya. Ia bagi kegunaan golongan OKU dan pelajar termasuk kawasan Pantai Timur, Lembah Klang dan Utara.
"Contohnya kita ada komuter dari Negeri Sembilan ke Tanjung Malim, Padang Rengas ke Alor Setar dan kereta api di Pantai Timur, ada juga perkhidmatan yang digunakan pelajar, kita lihat bagaimana nak tawarkan, namun makluman lanjut akan diumumkan selepas Tahun Baharu Cina," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Kaligrafi Cina 2023 di Sekolah Tinggi Chung Hua yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata warga OKU bakal menikmati kemudahan tambang pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan bas henti-henti secara percuma.
Menzahirkan keterbukaannya dan rasa terima kasih atas cadangan itu, Loke berkata kementerian juga sedang melihat sektor atau perkhidmatan lain yang mungkin dapat diberikan dengan percuma secara berfasa kepada OKU dan pelajar.
Beliau berkata fokus kementerian pada masa ini adalah bagi mengoptimumkan sumber selain menstruktur semula bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan supaya lebih bersasar dan sistematik sekali gus sampai kepada golongan memerlukan.
"Saya tak perlukan peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan, (guna) peruntukan sedia ada, apabila kita merombak semula (subsidi) dan sasarkan peruntukan itu ia akan membantu khususnya kepada OKU dan pelajar," katanya.
Terdahulu, Aminuddin yang menyampaikan sumbangan berjumlah RM300,000 bagi pembangunan sekolah itu turut berharap tradisi dan budaya Cina terus diwarisi pelajar selain pihak sekolah mengajar adat dan budaya kaum lain agar generasi muda memahami antara satu sama lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023

Anthony berkata perkara itu (pengangkutan percuma OKU dan pelajar) memang sudah ada dalam perancangan kementerian sebelum ini bertujuan untuk membantu dan memperkasakan golongan berkenaan.- Fail

Hampir 80 peratus pekebun kecil minyak sawit tempatan patuh peraturan EUDR - Johari
Kira-kira 70 hingga 80 peratus pekebun kecil kelapa sawit tempatan telahpun mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur
Sepanjang tempoh perkhidmatan tren khas itu, 312 tiket akan ditawarkan bagi setiap perjalanan, menjadikan keseluruhan 1,248 tiket.

Perkhidmatan KTMB terjejas di beberapa laluan akibat pokok tumbang
Operasi perkhidmatan KTMB mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur - Putra pada 4.01 petang tadi menyebabkan alat talian atas (overhead line) terbingkas.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.

KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.

KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah dua perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina.