KUALA SELANGOR: Seorang penganggur ditahan bagi membantu siasatan penyebaran rakaman video amang seksual membabitkan seorang ibu dengan anak lelakinya baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan polis di sebuah restoran di Bandar Puncak Alam di sini jam 11.45 malam pada Jumaat.
Menurut beliau, suspek dipercayai terlibat menyebarkan video namun bukan ahli keluarga mangsa.
"Hasil semakan polis mendapati lelaki yang menetap di Bandar Sri Damansara itu memiliki dua rekod jenayah iaitu kes pemerasan dan rogol," katanya ketika ditemui pada program Bukit Melawati Lebarun 2023 di Dataran Malawati di sini pada Sabtu.
BACA: Suami di penjara, wanita ditahan disyaki laku amang seksual fizikal terhadap anak lelaki
Ramli berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan kes terbabit.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kebenaran reman ke atas suspek akan diperoleh daripada mahkamah.
Ramli memberitahu, suspek utama iaitu wanita berkenaan masih direman bagi siasatan mengikut Seksyen 14 dan 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Kita akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi tindakan pendakwaan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, seorang wanita direman lima hari bermula Rabu lalu hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.
Sinar Harian
Sat May 06 2023

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan polis di sebuah restoran di Bandar Puncak Alam jam 11.45 malam pada Jumaat. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000
Wanita yang mendera anaknya didenda RM8,000 dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kluang pada Ahad.

Budak lima tahun didera: Ibu ditahan, teman lelaki diburu
Polis giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati dekat sini.

Budak perempuan maut disyaki didera, ibu dan ayah tiri ditahan
Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di muka, tangan, kaki dan badan mangsa dipercayai dicederakan dengan tangan atau kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul.

Bayi alami pendarahan otak disyaki didera ibu, teman lelaki
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan ibu dan teman lelakinya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.

27 tahun terpisah, wanita syukur dapat peluk ibu kandung
Hampir tiga dekad terpisah dengan ibu kandung, seorang wanita tidak menyangka akhirnya dapat memeluk dan mencium ibu yang melahirkannya.

Polis tahan lelaki disyaki bunuh ibu kandung
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dalam insiden di sebuah pangsapuri di Relau di sini petang tadi.

Abai anak hingga mati: Pasangan kekasih tukar pengakuan
Pasangan kekasih menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan mengabaikan anak perempuan berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya.

Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.