PKR hari ini menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan untuk menggunakan Fasal 114 daripada Akta Perkhidmatan Industri Air 2006, boleh 'membawa risko besar dan memangsakan rakyat Selangor'.
Menurut Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli, Fasal 114 Akta membolehkan kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil alih sepenuhnya harta, perniagaan dan perjalanan harian sesuatu pemegang konsesi atas kepentingan negara.
Katanya, ini memberi kuasa yang sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal pengurusan pembekalan air di Lembah Kelang.
Oleh yang demikian, beliau mengingatkan kerajaan negeri Selangor agar berwaspada dengan hasrat Putrajaya itu.
"Jika hasrat ini diteruskan, maka seluruh kuasa dan keputusan mengenai pembekalan air di Selangor dan Lembah Kelang kini dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, pada Selasa.
Dakwa beliau, perkara itu juga akan menyebabkan kerajaan Persekutuan memilih Puncak Niaga dan Syabas sebagai syarikat induk yang diberi kuasa untuk mengambil alih aset semua pemegang konsesi lain dan menjadikannya monopoli air yang terbesar di Malaysia.
Dalam pada itu, Rafizi turut menggariskan empat syarat yang perlu diberi komitmen oleh kerajaan Persekutuan yang ditandatangani secara rasmi dengan kerajaan Selangor untuk memastikan hal ehwal kebajikan rakyat Selangor akan dipertahankan.
Antara syarat-syarat yang ditekankan ialah:
1) Pengurusan air hendaklah kekal di bawah pentadbiran Kerajaan Selangor melalui anak syarikat yang dipilih oleh Kerajaan Selangor;
2) harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi setiap pengambilalihan syarikat pemegang konsesi air hendaklah telus dan adil kepada rakyat Selangor;
3) Kontrak dan kos pelaksanaan Projek Langat 2 mestilah telus dan adil kepada rakyat Selangor; dan
4) Jaminan bahawa tiada kenaikan tarif air dalam tempoh enam tahun sehingga 2020 dengan memberi tumpuan kepada masalah air bocor (non-revenue water).
Selain itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata beliau serta pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan politik atau undang-undang sekiranya empat perkara tersebut tidak dilaksanakan.
Kerajaan Selangor pada minggu lepas telah memberi lampu hijau untuk pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010 dengan mencadangkan pelantikan dua pentadbir mewakili kerajaan negeri bagi merealisasikan projek berkenaan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dua pentadbir yang dicadangkan itu ialah Presiden Kumpulan Darul Ehsan, Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin.
Langat 2 merupakan sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.
Haider Yutim
Tue Jan 14 2014

Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.