PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berharap agar lebih banyak penerbit filem tempatan berkolaborasi dengan industri perfileman luar negara, dalam meningkatkan kreativiti dan kualiti industri kreatif Malaysia.
Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perkara itu juga dapat memastikan filem tempatan berada di arena antarabangsa, selari dengan inisiatif 'Road To Oscars'.
"Kementerian sedang laksanakan program 'Road To Oscars', yang mana kita mahu filem yang kita keluarkan berkualiti dan ada sentuhan antarabangsa.
"Hari ini, kita amat berterima kasih kepada Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd, kerana sudah bekerjasama dengan negara Korea bagi pembikinan filem The Lord Musang King. Di peringkat kementerian kita beri sokongan dan harap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bantu seberapa yang boleh," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media majlis prapelancaran filem The Lord Musang King di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai filem tersebut, Zahidi berkata, filem itu juga menjadi platform dalam mempromosikan pelancongan Malaysia dengan mengetengahkan lokasi menarik serta buah durian Musang King.
"Ini juga usaha rakyat Malaysia untuk promosi Musang King ke luar negara dengan buat filem yang ada sentuhan pelancongan serta kempen buah-buahan tempatan," katanya.
Beliau juga berkata, industri hiburan Korea yang begitu popular dan mendapat tempat di seluruh dunia juga menjadi kelebihan buat filem ini.
"Ramai rakyat Malaysia telah terpengaruh dengan industri hiburan Korea sejak sekian lama. Dengan memperkenalkan campuran budaya Korea dan Malaysia kepada dunia menerusi filem 'The Lord Musang King', saya percaya ia akan mecetuskan minat kepada kandungan tempatan dan budaya di peringkat antarabangsa serta menwujudkan permintaan terhadap produk Malaysia," katanya.
Filem aksi berbahasa Melayu terbitan Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd itu dihasilkan oleh Penerbit Eksekutif, Ong Peng Chu, Penerbit Bersekutu, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar serta Penerbit Eddie Chow dan diarahkan oleh pengarah dari Korea Lee Moon Ho.
Filem yang melibatkan kos pembikinan sebanyak RM2.5 juta serta melibatkan 95 peratus kru dan pelakon tempatan itu, dijangka ditayangkan pertengahan tahun hadapan.
Dalam perkembangan lain, Zahidi menafikan dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meminta kerajaan menghentikan pemasangan menara telekomunikasi 5G di kawasan berhampiran perumahan, kerana didakwa mampu memberi kesan kepada kesihatan.
"Tidak ada masalah kesihatan, tidak ada laporan bahawa 5G akan memudaratkan kesihatan," tegasnya. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kolaborasi antara penerbit filem tempatan dan luar negara dapat memastikan filem tempatan berada di arena antarabangsa, selari dengan inisiatif 'Road To Oscars'. - Gambar BERNAMA

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Penerbit filem tempatan diharap kolaborasi dengan industri perfileman luar negara
Kolaborasi itu dapat memastikan filem tempatan berada di arena antarabangsa, selari dengan inisiatif 'Road To Oscars'.