Kerajaan bersedia meneruskan penerangan tentang keuntungan pengguna hasil pelaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) termasuk dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata penerangan itu penting supaya rakyat tahu CBP merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan berkesan.
Banyak negara telah melaksanakan sistem percukaian ini dan ada yang jauh lebih tinggi seperti Hungary dan Kenya masing-masing 16 peratus manakala Pakistan dan Bangladesh masing-masing 15 peratus, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek zakat perniagaan Bank Rakyat kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di sini pada Khamis.
Menjangkakan pembangkang akan memainkan isu CBP pada PRK Permatang Pauh, beliau berkata sifat pembangkang selalunya akan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap apa sahaja yang kerajaan laksanakan.
Hasan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata pembangkang telah banyak kali diberi peluang berdebat dan berbahas tentang CBP di Dewan Rakyat tetapi mereka masih ingin memutar belit perkara itu.
"Saya cukup yakin ... InsyaAllah penjelasan ini supaya rakyat akan lebih memahami tetapi kalau ada orang nak memutarbelitkan isu itu terpulang kepada hak mereka.
"Tugas kami sudah cukup jelas, CBP ini adalah untuk kekuatan ekonomi negara yang membolehkan kerajaan pembuat pembangunan infrastruktur yang lebih banyak khususnya pembinaan sekolah, klinik, jalan raya dan pembangunan modal insan," katanya.
Sementara itu, Hasan berkata penguatkuasaan dan pemeriksaan CBP akan berterusan.
"Kementerian akan melipatgandakan pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua negeri bagi melindungi pengguna daripada ditipu," katanya.
Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini dan penamaan calon 25 April.
PRK Parlimen Permatang Pauh perlu diadakan selepas Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lepas menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Ketua Umum PKR itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Bernama
Fri Apr 17 2015
![Penerangan CBP akan berterusan di seluruh negara - Hasan Malek Penerangan CBP akan berterusan di seluruh negara - Hasan Malek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/71379863121_295x200.jpg)
HASAN MALEK: Penerangan itu penting supaya rakyat tahu CBP merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan berkesan.
![Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723767192_TBquranhour.jpg)
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
![Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723767295_WalidLachkar.jpg)
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
!['Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar 'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723766033_RakamanCCTVNidza.jpg)
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia
Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia pada Rabu di usia 94 tahun.
Bintang Friends: Lima termasuk dua doktor dituduh penyebab kematian Matthew Perry
Lima individu termasuk dua doktor dan seorang pembantu peribadi kepada pelakon Matthew Perry didakwa membekalkan bintang 'Friends' itu dengan ketamin iaitu ubat penenang kuat yang menyebabkan kematiannya akibat terlebih dos setahun lalu.
![Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723765317_JudgeKennethKing.jpg)
Hakim AS digantung tugas kerana menggari remaja yang tertidur semasa melawat mahkamah
Hakim Kenneth King memaksa gadis 15 tahun pakai gari dan pakaian penjara kerana 'kesalahannya' tertidur semasa mengikuti lawatan ke mahkamah.
Virus mpox: WHO sahkan jangkitan pertama di luar Afrika
Jangkitan dengan jenis baru virus mpox dikesan di Sweden, pada Khamis.
Keputusan bawa pulang angkasawan diumum hujung bulan
Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan membuat keputusan akhir bulan ini berhubung misi membawa pulang dua angkasawan, Barry Wilmore dan Sunita Williams yang terperangkap di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas kapal angkasa Starliner dinaiki mereka mengalami kerosakan.
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
![CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023 CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676016546_TBCoopbank.jpg)
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
![CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681464737_CBPGombak.jpg)
CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta
CBP mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
![Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686536205_TBcoop.jpg)
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
![Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683464267_CBPMalaysiaBookR.jpg)
Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.
![CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000 CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681464737_CBPGombak.jpg)
CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.
![CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680094112_CBPGombak.jpg)
CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.
![Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676016546_TBCoopbank.jpg)
Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
![CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674969668_TBCoopbank.jpg)
CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.
![CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023 CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41672274077_CoopbankPertama.jpg)
CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023
Langkah itu diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
![CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000 CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666874607_TBCBDZAKAT.jpg)
CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah RM367,168 kepada 16 buah masjid dan 400 penerima individu di seluruh negara.