KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) membuka semula tawaran untuk orang ramai yang ingin melanggan syer institusi perbankan itu mulai 1 Jan, 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata pembukaan semula itu dilakukan pihaknya di semua cawangan CBP dan langkah tersebut diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Beliau berkata pembukaan semula tawaran syer itu terbuka kepada anggota baharu dan sedia ada dengan jumlah baki maksimum sehingga RM5 juta bagi individu dan bagi gerakan koperasi pula adalah sehingga 20 peratus daripada baki semasa modal syer CBP.
"Pembukaan semula syer ini juga dapat menggalakkan orang ramai membuka dan meletakkan wang dalam akaun deposit CBP, seterusnya akan meningkatkan baki deposit CBP.
"CBP telah menunjukkan prestasi yang cemerlang kebelakangan ini dan menawarkan kadar dividen yang kompetitif setanding dengan institusi perbankan lain.
"Sebagai rekod, CBP mencatatkan keuntungan sebanyak RM86 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 dengan agihan dividen sebanyak 6.1 peratus," katanya.
Menerusi pembukaan semula ini, bank tersebut berharap orang ramai dapat menjadi anggota CBP dan seterusnya menikmati pulangan dividen yang baik.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hadir di 29 cawangan CBP di seluruh negara atau hubungi 1-300-88-7650.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022

Pembukaan semula syer ini juga dapat menggalakkan orang ramai membuka dan meletakkan wang dalam akaun deposit CBP, seterusnya akan meningkatkan baki deposit CBP.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.

CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta
CBP mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.

Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.

CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.

CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023
Langkah itu diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah RM367,168 kepada 16 buah masjid dan 400 penerima individu di seluruh negara.