KAMPAR: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak akan bekerjasama dengan agensi berkaitan serta komuniti di Kampung Changkat Tualang untuk menjalankan proses pemetaan geologi awal secara terperinci di kawasan penemuan fosil karang purba.
Pengarahnya Nizarulikram Abdul Rahim berkata proses itu akan dilaksanakan segera tahun ini termasuk kerja-kerja pesampelan di kawasan tersebut.
"Proses pemetaan ini melibatkan kerja pencirian kepelbagaian geologi, proses menentukan nilai warisan dan lain-lain kerja bagi merekodkan fosil yang ditemui selain kita nak nilai keluasan kawasan yang perlu diwartakan.
"Sama ada sampel fosil akan dibawa keluar dari kawasan ini atau tidak bergantung kepada hasil lapangan JMG kelak, namun JMG berpendirian lebih baik dikekalkan untuk tatapan orang ramai, pengkaji dan pihak berkepentingan lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke geotapak penemuan fosil karang purba yang berusia lebih 300 juta tahun di Kampung Changkat Tualang, dekat sini.
Nizarulikram berkata penemuan fosil karang purba itu suatu yang sangat bermakna dan perlu dipelihara kerana ia merupakan satu-satunya geotapak di Geotapak Lembah Kinta yang mempunyai fosil karang.
"JMG menyokong hasrat kerajaan negeri yang mahukan kawasan ini diwartakan sebagai satu daripada geotapak baharu. Selepas kerja pemetaan dan sampel fosil ditemui, kemudian kita akan cadangkan kawasan ini dijadikan tambahan satu daripada geotapak yang ada di Lembah Kinta.
"Kita akan cuba kekalkan agar elemen pemuliharaan dapat dilakukan supaya fosil di zaman lewat Paleozoik ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk generasi akan datang," katanya.
Sementara itu, beliau berkata kerjasama erat antara komuniti dengan pihak berkuasa tempatan termasuk agensi kerajaan berkaitan diperlukan agar keselamatan fosil di kawasan itu dapat dilindungi.
Menurutnya kerjasama tersebut penting kerana apabila kawasan itu akan menjadi tarikan orang ramai, dibimbangi fosil akan rosak jika tiada langkah keselamatan diambil.
Sabtu lepas, penyelidik Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT) menemui fosil karang purba pelbagai spesies dianggarkan berusia 300 juta tahun di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Mohd Azlan Helmi kemudian berkata kerajaan Perak akan mewartakan kawasan seluas 6.9 hektar itu sebagai satu lagi geotapak di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Fosil karang purba pelbagai spesies dianggarkan berusia 300 juta tahun ditemukan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan Kampung Changkat Tualang dekat sini. - Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tanah runtuh Melawati: JMG mula siasat, tiada sebarang pembangunan di lokasi - MB
Kerajaan negeri arah pihak terlibat memantau isu ini sebelum membenarkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing.

Hari Ahli Geologi: Potensi unsur nadir bumi
Antara negeri yang dikategorikan sebagai 'money state' ialah seperti Terengganu, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan.

Kerajaan Perak akan warta kawasan penemuan fosil purba di Changkat Tualang
Kerajaan Perak akan mewartakan kawasan penemuan fosil karang purba seluas 6.9 hektar dekat Kampung Changkat Tualang sebagai satu lagi geotapak di negeri ini.

Tujuh lagi insiden tanah runtuh dilaporkan, keseluruhan 133 - NADMA
Tujuh lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) hari ini menjadikan keseluruhan 133 insiden tersebut berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Lima lagi insiden tanah runtuh direkodkan, keseluruhan 126
Lima lagi insiden tanah runtuh direkodkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) hari ini menjadikan keseluruhan 126 kejadian tanah runtuh berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2021.

121 insiden tanah runtuh sepanjang Monsun Timur Laut 2021/2022
Sebanyak 121 insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022, berdasarkan laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Sistem amaran awal tanah runtuh akan ditambah - Takiyuddin
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan menambah bilangan sistem amaran awal tanah runtuh di kawasan berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh.

Kerajaan negeri belum terima laporan penemuan ketulan emas di Bukit Lata - Mohd Amar
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sebarang tindakan akan diambil berdasarkan laporan yang diterima daripada dua jabatan terbabit.

Tanah runtuh di Bukit Hijau dipantau
Orang awam dinasihatkan tidak mendekati kawasan berkenaan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tragedi Kemensah Heights: Masih ada pergerakan tanah di kawasan runtuhan - Pengarah JMG Selangor
Berikutan cuaca yang tidak menentu, pergerakan tanah di kawasan terjejas masih berlaku.