Seramai 655 mangsa banjir kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan seluruh Perak setakat 8 pagi tadi, berbanding 595 orang yang direkodkan pada malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, daerah paling teruk terjejas adalah Manjung apabila 454 orang kini berada di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Inderawati Beruas (195); Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai (192) dan di Dewan Kampung Kota, Beruas (67).
Ia diikuti daerah Larut, Matang dan Selama membabitkan 140 mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu Surau Kampung Jawa Trong (39); Dewan Orang Ramai Kampung Matang Merbau Trong (29); Dewan Orang Ramai Kampung Kelubung (14); Kampung Padang Serai Dalam (21) dan Dewan Orang Ramai Matang Gelugor (37).
"Sementara itu, di daerah Hilir Perak sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara yang kini menempatkan 32 mangsa.
"Di daerah Perak Tengah pula 10 orang berada di Surau Nurul Jannah, Parit 6, manakala empat lagi di Surau Kampung Talang," demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Di daerah Kinta lapan mangsa kini menghuni Dewan Orang Ramai Kampung Piandang, Batu Gajah, sementara di daerah Kuala Kangsar terdapat tujuh mangsa berada di Surau Karimiah, Kampung Talang Hulu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2017
Jalan Ipoh-Lumut di KM24 dinaiki air pada 24 Januari. - Foto Bernama
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya
Semua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja kawasan terjejas itu dilaporkan selamat.
Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup
Kesemua mangsa yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Basia Lama dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Mangsa banjir dua daerah di Perak menurun kepada 114 orang
Berdasarkan ramalan MetMalaysia, cuaca di daerah Hulu Perak pada Ahad dilaporkan baik, kecuali ribut dijangka berlaku pada sebelah petang.
PRK Nenggiri: Premis terlibat berisiko rendah kebakaran, banjir - KP JBPM
Nor Hisham berkata JBPM Kelantan telah melakukan pemeriksaan di kesemua lokasi terbabit sebelum ini.
143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini
Seramai 143 mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek pagi ini.
Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby
Jalan raya di beberapa bahagian Florida bertukar menjadi sungai selepas Taufan Tropika Debby mengalami hujan lebat di bahagian utara negeri tersebut pada Isnin.
Angka korban banjir Kerala mencecah 215 orang
Mereka dilaporkan maut ekoran kejadian tanah runtuh khususnya di daerah Wayanad yang memaksa operasi besar-besaran dilakukan dengan segera.
Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas
Terdapat pertambahan dari jumlah kampung yang terjejas iaitu menjadi enam kampung, berbanding empat sebelum ini.
Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS
Sebanyak 113 individu dari enam kampung di Hulu Bernam, Hulu Selangor dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air petang tadi.
Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga
Seramai 81 orang daripada 15 keluarga berada di PPS SMK Khir Johari, Tanjong Malim, manakala lima lagi daripada satu keluarga di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen.