Penduduk Pangsapuri Taman Seri Jati di Taman Balakong Jaya 2, Serdang menggesa pihak berkuasa menyelesaikan masalah pembuangan sisa bahan kimia yang berlarutan sejak Februari tahun lalu.
Mereka mendakwa pembuangan sisa kimia yang mengeluarkan bau busuk itu turut menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berkenaan.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kolam takungan berdekatan bertukar menjadi warna putih dan mengeluarkan bau busuk dipercayai bahan buangan sisa kimia dari kilang berdekatan.
Menurut penghuni Taman Seri Jati, Mohd Ali Khari Abdul Ghafar, beliau sudah membuat aduan rasmi berhubung masalah itu kepada Jabatan Alam Sekitar cawangan Kajang pada Februari 2015.
Tambahnya lagi pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan sampel yang diambil daripada kolam takungan berdekatan pangsapuri mereka mengandungi bahan kimia.
"Kami juga ingin tahu daripada pihak JAS untuk jangka masa pendek dan panjang mengenai kesan dan risiko terhadap sisa kimia ini kepada penduduk di kawasan ini.
"Namun pihak JAS tidak pernah menghubungi pihak kami untuk menjelaskan perkara dan masalah ini. Kesan sekarang kami hadapi akibat masalah ini ialah segelinitir daripada kami mengalami tekak kering dan rasa gatal", katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurut Mohd Ali, aktiviti pembuangan sisa kimia itu masih berlaku dan pihak berkuasa masih belum mengambil sebarang tindakan walaupun beberapa aduan sudah dibuat.
Sementara itu, seorang lagi penghuni Taman Seri Jati, Abdul Manaf Mahamod berkata, beliau khuathir kolam takungan yang terletak berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak akan mendatangkan mudarat dari segi kesihatan.
"Benda ini dah banyak kali berlaku, jadi saya harap tolong ambil tindakan segera, itu harapan kami di sini.
"Jadi saya rasa memang tidak adil pihak kilang iaitu pemilik cuba mengambil keuntungan dan penduduk di sekitar ini terpaksa menanggung risiko kesihatan dan ini memang tidak adil bagi kami", katanya.
Beliau menyeru agensi yang berkaitan termasuk JAS dan Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan kepada pengusaha kilang sekiranya melanggar peraturan.
Dalam isu berkaitan, kejadian pembuangan sisa kimia ke kolam takungan berhampiran kawasan pangsapuri Taman Seri Jati didakwa berpunca daripada kesilapan pekerja kilang.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Jaya, Ng Tien Chee, pihak pengurusan kilang yang terbabit memberi jaminan akan membuat penjelasan serta memohon maaf kepada penduduk pada minggu hadapan.
Beliau memaklumkan bahawa pihak pengurusan kilang terbabit telah menghubunginya pada sabtu untuk menjelaskan perkara terbabit.
"Kilang beliau ada memasang peralatan yang telah disyorkan oleh Jabatan Alam Sekitar sedangkan kali ini adalah kesilapan pekerjanya maka dia pun memohon maaf.
"Bagi saya, pengusaha kilang ini adalah seorang yang bertanggungjawab kerana dia sendiri pergi membuat laporan kepada JAS dan dia mengambil insiatif untuk menghubungi saya untuk menjemput mereka ke kilang dia untuk dapatkan penjelasan", katanya ketika dihubungi Astro Awani hari ini.
Mengulas kekerapan berlakunya aktiviti pembuangan sisa kimia di kawasan itu, Ng Tien menjelaskan beliau akan mendengar penjelasan pengusaha kilang itu sebelum mengambil sebarang tindakan.
Pada masa sama, beliau meminta penghuni pangsapuri yang terjejas susulan insiden itu untuk bersabar dan memberi jaminan akan membantu mengambil tindakan sewajarnya jika pengusaha kilang terbabit didapati gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Anthea Yap
Sun Oct 02 2016
![Penduduk Taman Seri Jati terkesan sisa bahan kimia Penduduk Taman Seri Jati terkesan sisa bahan kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475335488_TmanSeriJati.jpg)
Tinjauan Astro AWANI mendapati kolam takungan berdekatan bertukar menjadi warna putih dan mengeluarkan bau busuk dipercayai bahan buangan sisa kimia dari kilang berdekatan. - Gambar Astro AWANI
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![EU lulus pakej sekatan ke-14 terhadap Rusia EU lulus pakej sekatan ke-14 terhadap Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655118695_kesatuaneropahEU.jpg)
EU lulus pakej sekatan ke-14 terhadap Rusia
Majlis Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin meluluskan pakej ke-14 langkah sekatan ekonomi dan individu terhadap Rusia.
![Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711542841_vape.jpg)
Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.
![Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707174273_TBsuspect.jpg)
Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia
Rakaman kamera keselamatan Polis Metropolitan London mendedahkan gambaran suspek dalam kes serangan bahan kimia di sebuah pasaraya di selatan London yang berlaku pada Ahad lalu.
![Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680859506_Kanakkanakcedera.jpg)
Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia
Seorang kanak-kanak perempuan nyaris cedera parah setelah terkena bahan kimia menerusi paip dalam bilik air di rumahnya di Kepong di sini pada Khamis.
![Bahan kimia tidak dilabel didakwa punca letupan di depoh kontena Bahan kimia tidak dilabel didakwa punca letupan di depoh kontena](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654554100_FireDepot.jpg)
Bahan kimia tidak dilabel didakwa punca letupan di depoh kontena
Angka korban terbaharu termasuk sembilan anggota bomba dan jumlah mengsa cedera kini meningkat kepada hampir 300.
![Sungai Aur bertukar biru kesan aktiviti cuci tong kimia Sungai Aur bertukar biru kesan aktiviti cuci tong kimia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653796611_sungaibiru.jpg)
Sungai Aur bertukar biru kesan aktiviti cuci tong kimia
Wakil premis iaitu seorang lelaki berumur lewat 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
![Tumpahan bahan kimia: Sungai Rugading di Tuaran dikhuatiri tercemar Tumpahan bahan kimia: Sungai Rugading di Tuaran dikhuatiri tercemar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652201290_SungaiRugading.jpg)
Tumpahan bahan kimia: Sungai Rugading di Tuaran dikhuatiri tercemar
Sungai Kampung Rugading, Tuaran dikhuatiri tercemar selepas berlakunya insiden tumpahan bahan kimia.
![Gudang simpan bahan kimia di Sungai Bakap terbakar Gudang simpan bahan kimia di Sungai Bakap terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651817314_TBKEBAKARANGUDANG.jpg)
Gudang simpan bahan kimia di Sungai Bakap terbakar
Kebakaran melibatkan gudang penyimpanan cecair mudah terbakar.
![61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik 61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649757805_ASIDTUMPAH.jpg)
61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik
Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah.
![10 jenis bahan kimia asing ditemui dalam badan Taylor Hawkins 10 jenis bahan kimia asing ditemui dalam badan Taylor Hawkins](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648351956_EsteroPicnicfestiv.jpg)
10 jenis bahan kimia asing ditemui dalam badan Taylor Hawkins
Ini termasuk THC yang terkandung dalam ganja, antidepresen trisiklik, benzodiazepina dan opioid.