AYER HITAM: Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, kejadian dipercayai berlaku jam 12 tengahari, ketika semua pelajar berkenaan sedang belajar di dalam kelas.
Menurut Rodzi, kesemua mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dan 52 pelajar perempuan berusia 14 hingga 17 tahun.
Katanya, kejadian berlaku selepas tong berisi asid sulfurik tersebut pecah ketika kerja pemunggahan dilakukan, menyebabkan cecairnya tumpah menyebabkan pencemaran bau.
Jelasnya, bau itu kemudiannya memasuki ruang kelas di mana murid-murid tersebut sedang belajar.
Rodzi berkata, bagaimanapun tindakan pantas pihak sekolah menghubungi pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menyelamatkan semua mangsa.
Katanya, 41 pelajar di hantar ke Hospital Jitra (HJ), enam pelajar di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar manakala empat pelajar di kejarkan ke Klinik Kesihatan Ayer Hitam untuk rawatan lanjut berikutan mengalami simptom pedih mata, sakit tekak dan loya.
Kesemua mereka dilaporkan stabil dan telah dibenarkan pulang petang tadi selepas menerima rawatan.
Sementara itu, Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon memaklumkan hasil siasatan mendapati tong asid sulfurik itu adalah untuk kegunaan pembelajaran di makmal sains sekolah terbabit.
Katanya, pasukan bomba berjaya mengawal dan memindahkan asid sulfurik terbabit daripada merebak.
Beliau bersyukur kerana tidak berlaku letupan dan kesan radiasi pencemaran yang serius.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Apr 12 2022
![61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik 61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649757805_ASIDTUMPAH.jpg)
Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah. - Foto Astro AWANI
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Terhidu asid sulfurik: Sistem kesihatan tidak terjejas dalam kuantiti kecil Terhidu asid sulfurik: Sistem kesihatan tidak terjejas dalam kuantiti kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649757805_ASIDTUMPAH.jpg)
Terhidu asid sulfurik: Sistem kesihatan tidak terjejas dalam kuantiti kecil
Asid sulfurik mudah meruap, lantas boleh memberikan kesan yang lebih teruk jika dibiarkan serta ditinggalkan terlalu lama.
![61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik 61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649757805_ASIDTUMPAH.jpg)
61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik
Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah.
![Lori bawa asid sulfurik terbalik Lori bawa asid sulfurik terbalik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648473337_Loribawaasidsulfu.jpg)
Lori bawa asid sulfurik terbalik
Sebuah lori membawa tujuh tong berisi asid sulfurik terbalik dalam kejadian di Simpang Tiga Pondok Labu, Jalan Sungai Lembu, Bukit Mertajam pada Isnin.