ALOR SETAR: Sistem kesihatan badan seseorang khususnya golongan remaja tidak akan terjejas dan rosak sekiranya terhidu asid sulfurik buat kali pertama atau dalam kuantiti yang kecil.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman menjelaskan bahawa individu yang terhidu asid berkenaan akan mengalami beberapa simptom seperti sakit kepala.
Tambah beliau ketika mengulas mengenai kejadian 61 pelajar sebuah sekolah agama di Kubang Pasu yang terhidu asid sulfurik, pada Selasa, keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya tindakan pantas tidak dilakukan.
Ia disebabkan asid sulfurik merupakan asid yang mudah meruap, lantas boleh memberikan kesan yang lebih teruk jika dibiarkan serta ditinggalkan terlalu lama, terutama melibatkan pencemaran bau.
"(Bau) asid sulfurik macam bangkai, telur busuk... Kalau kes terhidu macam ini, kita elakkan daripada hiduan itu (perlu menjauhi punca pencemaran).
"Di peringkat makmal kena jaga, dia mudah meruap, lama dan banyak. Mungkin ia menyebabkan masalah kepada kesihatan tetapi kalau sekadar terhidu sekali kena, pening sikit. (Terhidu salam kuantiti) sikit tidak merosakkan sistem badan," jelas beliau.
BACA: 61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik
Dr Hayati berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pra Pelancaran E-IdamanXchange dan Program Kongsi Rezeki Ramadan di Bazar Stadium Darul Aman pada Rabu.
Semalam, seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, kejadian dipercayai berlaku jam 12 tengah hari, ketika semua pelajar berkenaan sedang belajar di dalam kelas.
Menurut Rodzi, kesemua mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dan 52 pelajar perempuan berusia 14 hingga 17 tahun.
Katanya, kejadian berlaku selepas tong berisi asid sulfurik tersebut pecah ketika kerja pemunggahan dilakukan, seterusnya cecair yang tumpah menyebabkan pencemaran bau.
Abd Hadi Che Awang
Wed Apr 13 2022

Pada Rabu (12 April), seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah. - Astro AWANI

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Terhidu asid sulfurik: Sistem kesihatan tidak terjejas dalam kuantiti kecil
Asid sulfurik mudah meruap, lantas boleh memberikan kesan yang lebih teruk jika dibiarkan serta ditinggalkan terlalu lama.

61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik
Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah.

Lori bawa asid sulfurik terbalik
Sebuah lori membawa tujuh tong berisi asid sulfurik terbalik dalam kejadian di Simpang Tiga Pondok Labu, Jalan Sungai Lembu, Bukit Mertajam pada Isnin.