MELAKA: Pantai Klebang yang sebelum ini sepi akibat pandemik COVID-19, tiba-tiba menjadi 'meriah' dengan kehadiran penduduk sekitar yang datang untuk mencari kepah dan siput disebabkan video yang tular menyatakan terdapat banyak hidupan jenis moluska di pantai tarikan pelancong itu.
Tinjauan Bernama mendapati walaupun pengunjung silih berganti membawa baldi atau beg plastik untuk mencari siput jenis belitung dan lala di sepanjang pantai berkenaan sejak 2 petang tadi, mereka tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal.
Seorang suri rumah, Madihah Zainal, 24, berkata hobinya sejak kecil yang suka mencari siput membuatkan beliau tidak ketinggalan memijak selut dan pasir bagi mencari hidupan laut itu sejak tiga hari lepas.
"Pada hari pertama saya datang siput memang banyak, seronok sebab kerang, siput atas darat sahaja, pijak pasir sahaja dah dapat. Saya dapat hampir lima kilogram dan kebanyakannya siput belitung, siput batu dan siput mata kerbau.
"Tetapi hari ini sudah kurang, mungkin sebab ramai yang datang kerana video tular itu. Siput yang ada pun kebanyakannya bersaiz kecil," katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.
Biarpun tidak begitu menggemari menu masakan berasaskan hidupan bercengkerang itu, Madihah berkata ia menjadi satu kepuasan apabila dapat menangkap dan memasak haiwan laut itu untuk ahli keluarganya.
Sementara itu, Airil Firdaus, 39, berkata aktiviti mencari siput di Pantai Klebang itu bukan perkara baharu malah menjadi antara 'hotspot' penduduk tempatan mencari hidupan bercengkerang itu sejak dulu lagi.
"Selalunya orang akan datang selepas air surut dan jumlah bergantung kepada nasib dan kepandaian merasa siput yang berlindung di bawah lumpur dengan kaki. Tak perlukan apa-apa peralatan khas pun untuk mencarinya. Dalam tempoh dua jam boleh dapat antara lima hingga lapan kilogram siput kalau bernasib baik," katanya.
Mengakui agak risau dengan kebanjiran orang ramai yang datang, Airil berharap pengunjung terus mematuhi SOP yang ditetapkan terutama penjarakan fizikal dan beliau sendiri mencari siput di kawasan yang tidak mempunyai ramai orang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021

Hasil hidupan laut yang berjaya dikutip oleh penduduk tempatan ketika tinjauan di Pantai Klebang, 24 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.

Boss Mario ditemui selamat di wad hospital, akui tertekan fikir bonus pekerja
Penemuan pempengaruh itu disedari abangnya Yew Boon Teck, 31, selepas mengesan adiknya membuat tempahan perkhidmatan e-hailing ke pusat perubatan itu hari ini.

‘Boss Mario tiada musuh, tak pernah hilang’ - Adik
Sehingga kini tiada sebarang petunjuk tentang keberadaan abangnya Yew Boon Xiang, 30, memandangkan telefon bimbitnya juga telah dimatikan.

Tiga warga Indonesia didakwa edar lebih 40kg dadah
Tiga rakan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka atas pertuduhan mengedar 40 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine.

Penduduk kutip pelbagai jenis siput di Pantai Klebang
Pengunjung silih berganti membawa baldi atau beg plastik untuk mencari siput jenis belitung dan lala di sepanjang pantai berkenaan sejak 2 petang.

'Berpesta' di jalan raya rai kertas akhir SPM
Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari insiden sekumpulan pelajar menunggang motosikal secara melulu.

Jumpa mayat bawah kereta, tiga lelaki disiasat
Polis menahan tiga lelaki bagi bantu siasatan berhubung kes kematian seorang wanita warga Indonesia yang ditemui di bawah kereta jenis Myvi berhampiran Pantai Klebang, Isnin lalu.