PASIR MAS: Kira-kira 300 penduduk daripada 58 keluarga di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini, tidak menyangka banjir besar berlaku di kampung mereka pada kali ini.
Rata-rata penduduk yang ditemui berkata walaupun kediaman mereka terletak kurang 50 meter dari Sungai Golok, namun banjir kali ini disifatkan luar biasa apabila paras air mencecah kira-kira tiga meter.
Warga emas yang paling lama menetap di kampung tersebut, Yah Umat, 78, berkata banjir kali ini menjadi sejarah buat dirinya apabila kampung tersebut dinaiki air sejak Jumaat lepas.
"Sepanjang saya tinggal di kampung ini sejak lebih 50 tahun lepas, ini kali pertama saya berdepan banjir luar biasa ini. Tak pernah air naik sedalam tiga meter dan deras daripada kebiasaan sehingga menenggelamkan jalan kampung yang terletak di kawasan tinggi.
"Sebelum ini, walaupun banjir, air tak pernah masuk ke dalam rumah, cuma di kawasan luar sahaja tetapi kali ini, air masuk ke dalam rumah hingga mencecah paras dada," katanya yang ditemui pemberita di kampung berkenaan hari ini.
Berikutan itu, Yah berkata beliau memutuskan untuk berpindah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To' Deh kerana bimbang banjir bertambah buruk berikutan air dari hulu sungai mula bergerak ke kawasan hilir.
"Saya sedih nak tinggalkan rumah tetapi nyawa lebih penting, sebab itu saya memutuskan untuk berpindah dengan bantuan anak-anak. Mujur ada pihak yang membantu saya pindah dengan menggunakan perahu," katanya.
Seorang lagi penduduk, Din Abdul Rahman, 57, berkata walaupun sudah biasa berdepan banjir yang berlaku setiap tahun namun kali ini bencana berkenaan dilihat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
"Memang rumah penduduk di kawasan ini berdekatan Sungai Golok dan jika banjir berlaku, kami antara yang terawal terkesan dengan bencana tersebut.
"Apa yang berlaku hari ini boleh dianggap sebagai sejarah kerana air tak pernah sedalam dan sederas ini. Ramai yang berpindah ke tempat selamat kerana risaukan keselamatan masing-masing," katanya.
Sementara itu, tinjauan mendapati Batalion ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) turut membantu memindahkan penduduk ke PPS menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Kampung Tersang merupakan antara kawasan sering dinaiki air dan mengambil masa yang lama untuk surut berikutan banjir termenung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021

Penduduk kampung memberitahu, tidak pernah air naik sedalam tiga meter dan deras daripada kebiasaan sehingga menenggelamkan jalan kampung yang terletak di kawasan tinggi. - Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.