JOHOR BAHRU:Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikhuatiri akan gagal ekoran angka yang direkodkan kian meningkat di beberapa negeri termasuk di Johor.

Orang ramai yang ditemu bual Astro AWANI di sini hari ini turut menyatakan kebimbangan dengan trend peningkatan kes di negeri itu.

Seorang pemandu teksi, K. Kumaravell memberitahu, meskipun PKP penuh akan memberi kesan kepada rakyat namun ia harus dilaksanakan demi kesejahteraan semua.

"Kerajaan seharusnya mempertimbangkan untuk melaksanakan PKP seperti yang dilaksanakan pada tahun lalu sekurang-kurangnya untuk satu tempoh yang singkat," katanya.

Sementara itu, Brian Tan Chong Beng pula berpendapat perlunya pelaksanaan PKP 2.0 diperketatkan  terutama dari aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

"Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengetatkan pelaksanaan rentas negeri dan daerah seperti PKP 1.0 memadangkan Tahun Baharu Cina akan menjelang tidak lama lagi.

"Saya merayu kepada kerajaan supaya mengambil langkah drastik secepat mungkin, pastikan semua pusat beli belah dan kilang ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu," tambahnya.

Bagi Ridhwan Osman pula, dia mengharapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)di  Johor supaya tidak menutup sebelah mata terhadap mana-mana kilang yang dipercayai beroperasi walaupun tidak dibenarkan.

"Kita mendapati pelaksanaan kali ini kurang berkesan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengambil t]ndakan tegas terutamanya di lokaliti yang wujudnya kluster tempat kerja.

"PBT seharusnya perlu bertindak tegas di mana kita boleh lihat majikan tidak mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal. Tindakan tegas termasuk kompaun yang tinggi perlu dikuat kuasa," jelasnya lagi.

Johor merupakan negeri keempat tertinggi dengan kes COVID-19 apabila merekodkan sejumlah 19,746 kes setakat semalam.

BACA: Pejabat MB Johor ditutup tiga hari mulai esok bagi proses sanitasi

B
ACA: COVID-19: 3,680 jangkitan baharu, tujuh kematian, Johor rekod 1,069 kes

PKP 2.0 | Orang ramai bimbang kegagalan