Penduduk Pangsapuri Seri Nilam Ampang gempar melihat mayat seorang lelaki tertiarap ke dalam longkang berhampiran flat.

Kejadian disedari orang awam kira-kira jam 8 pagi tadi ketika melalui kawasan itu pada mulanya disangkakan sampah.

Orang ramai menghubungi polis setelah mengesahkan seorang mayat lelaki yang lengkap berpakaian.

Hasil pemeriksaan awal forensik mendapati terdapat kesan koyak di bahagian kepala dan luka di belakang badan mangsa.

Unit Pengesan K9 dipanggil bagi mengesan tempat kejadian dan sebuah kereta yang berada di kawasan flat turut diperiksa kerana dipercayai berkait dengan kes kejadian ini.

Mangsa yang lengkap berpakaian itu didapati berusia 29 tahun dan berasal dari Sarawak.

Menurut Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Supritendan Md Nadzri Zawawi berkata, mangsa dipercayai mati kurang dari 24 jam.

Bagaimanapun setakat ini kes disiasat mengikut kematian mengejut sehingga keputusan bedah siasat selesai.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Ampang.

Orang ramai diminta menghubungi polis jika menyaksikan kejadian ini bagi membantu siasatan.