BATU PAHAT: Penjaga dan juga pekerja kebun durian di lokasi penemuan rangka dipercayai milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini, tidak menyangka terdapatnya rangka di situ kerana selain bau durian, tiada sebarang bau busuk dan mencurigakan.
Penjaga kebun yang dikenali sebagai Wong, 72, berkata dia berulang-alik setiap hari ke kebun yang letaknya bersebelahan dengan Kompleks Penghulu Mukim Linau sejak sebulan lalu, kerana membersihkan kebun serta mengutip buah durian.
Beliau berkata semenjak kira-kira 30 tahun menjaga kebun terbabit yang berkeluasan enam ekar, itulah kali pertama penemuan tulang dan rangka manusia di lokasi itu, meskipun pernah menemukan beberapa tulang haiwan yang mati sebelum ini.
"Sebenarnya, pada empat hari lepas (Sabtu) saya ada menemukan tulang di kebun ketika kerja pembersihan, namun tidak menyangka ia milik manusia dan beranggapan ia milik haiwan kerana tiada bau yang kurang menyenangkan.
"Namun, semalam saya ternampak pasukan polis di lokasi yang menyatakan terdapatnya rangka manusia sebelum diminta untuk membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di kebun durian di Jalan Yong Peng, di sini, hari ini.
Sementara itu, Penyelia Pembinaan Kompleks Penghulu Mukim Linau Mohd Rizza Masri, 38, turut menyatakan tiada bau busuk di lokasi itu, walaupun dia bekerja di kawasan kira-kira 50 meter dari tempat itu, sejak dua bulan lalu.
"Saya dan pekerja lain bekerja seperti biasa sehingga ramai orang datang bersama polis, barulah kami tahu yang terdapatnya rangka dan juga motosikal yang dikatakan milik remaja yang dilaporkan hilang bulan lepas," katanya.
Semalam, polis mengesahkan penemuan rangka manusia dalam kebun durian yang disyaki milik Hafiz Fauzan Abdul Halid, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR) selepas dilaporkan hilang 26 Mei.
Turut ditemukan motosikal yang hampir sama digunakan Hafiz Fauzan berdasarkan nombor pendaftaran seperti dihebohkan ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Bapa kepada Hafiz Fauzan, Abd Halid Sugiman (kanan) menunjukkan jersi anaknya yang dipakai ketika menjuarai Pertandingan Bola Sepak Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor, bulan lalu. - Gambar/ Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Rangka manusia ditemui dalam loji kumbahan
Satu rangka manusia termasuk tengkorak ditemui dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, di sini.

Mayat warga emas ditemukan dalam paya
Mayat seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditemukan di dalam paya di sebuah kebun di Kampung Beta Hulu, Nilam Puri, Ketereh dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Kes saman ibu model Belanda Ivana: Kerajaan cadang penyelesaian mediasi
Kerajaan Malaysia mencadangkan penyelesaian secara mediasi dalam saman yang difailkan ibu kepada model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit terhadap polis, KDN dan kerajaan.

Kes bapa, anak OKU mati di rumah tiada unsur jenayah - Polis
Kes mayat bapa dan anak orang kurang upaya (OKU) yang ditemui mati di sebuah rumah di Sungai Abong di sini, pada Jumaat, tidak mempunyai unsur jenayah.

Tiada bau busuk, penjaga kebun tidak sangka ada rangka manusia
Penjaga dan juga pekerja kebun durian di lokasi penemuan rangka dipercayai milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini, tidak menyangka terdapatnya rangka di situ.

Lelaki bogel ditemukan maut dengan kesan tikaman
Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di Laluan Perusahaan Klebang 1 Hadapan Kilang Warisan Impian Maju 2 di sini tengah malam tadi.

Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.

Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak
Satu mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian tubuh dimakan biawak di sebatang sungai dekat Batu 3 Jalan Maharajalela di Teluk Intan.

Mayat reput ditemukan terdampar di pantai di Kota Bharu
Satu mayat reput ditemukan terdampar di Pantai Kuda Pulau Dolah di sini, semalam.