PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penduduk di kawasan berisiko banjir mengambil langkah pencegahan sewajarnya selain mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak dan mengurangkan impak bencana terhadap nyawa serta harta benda.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, berkata hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan kawasan rendah dinaiki air manakala paras air sungai utama menunjukkan trend menaik.
Beliau berkata setakat 12 tengah hari tadi, enam daerah di Perak, Selangor serta Pahang terjejas banjir dan sejumlah 881 orang daripada 237 keluarga direkodkan berada di 12 pusat pemindahan sementara.
Katanya Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan setakat 6 pagi tadi, terdapat tiga sungai dengan bacaan air di paras bahaya iaitu Sungai Pontian Besar Kulai di Kampung Sri Paya, Johor Bahru; Sungai Perak di Changkat Jong dan Sungai Langat di Bangi Lama manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pula telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 6 hingga 8 Nov ini.
"Berdasarkan analisis model cuaca tersebut, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah terutama pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh ramalan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid turut menyarankan penduduk di kawasan yang mudah terkesan banjir agar merujuk maklumat terkini daripada sumber sahih.
"Saya berdoa dan berharap agar kejadian ini tidak membawa kerosakan yang besar serta semua mangsa tabah dan sabar melalui dugaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023

Hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan kawasan rendah dinaiki air manakala paras air sungai utama menunjukkan trend menaik. - Gambar fail

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.
![[TERKINI] Kawasan tanah runtuh Taman Melawati diklasifikasi berisiko, penduduk diarah pindah [TERKINI] Kawasan tanah runtuh Taman Melawati diklasifikasi berisiko, penduduk diarah pindah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728968445_tanahruntuhtaman.jpg)
[TERKINI] Kawasan tanah runtuh Taman Melawati diklasifikasi berisiko, penduduk diarah pindah
Kawasan tanah runtuh berhampiran Jalan E6, Taman Melawati, Ampang di sini, telah diklasifikasikan sebagai berisiko dan penduduk diarah untuk berpindah dengan segera.

745 kawasan dikesan berisiko banjir di Johor, tertinggi pernah direkodkan - Bomba
Batu Pahat merupakan daerah dengan kawasan berisiko banjir paling banyak iaitu 186 kawasan.

Penduduk di kawasan berisiko banjir diminta ambil langkah pencegahan, patuhi arahan
Hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan kawasan rendah dinaiki air manakala paras air sungai utama menunjukkan trend menaik.

Tujuh jambatan Bailey tambahan akan dipasang di kawasan berisiko banjir besar - Ahmad Zahid
Pembinaan jambatan itu merupakan antara kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir selain penyediaan Pusat Pemindahan Kekal.

Tanah runtuh Batang Kali: 'Tapak rekreasi tak patut ada dekat dengan kawasan berisiko'
Kerajaan disaran menetapkan garis panduan yang lebih tegas untuk elak tragedi seperti yang berlaku di Batang Kali berlaku lagi.

Henti sementara aktiviti rekreasi, berkelah di kawasan berisiko - Bomba
Orang ramai diminta untuk menghentikan sementara aktiviti rekreasi dan perkelahan terutama di kawasan yang berisiko lemas dan kerap berlaku fenomena kepala air ketika musim tengkujuh ini.

Lebih 12,000 anggota bomba siap siaga hadapi musim tengkujuh - KP JBPM
Persiapan merangkumi langkah mengatur gerak di kawasan dilanda banjir kilat, banjir lumpur mahupun tanah runtuh.

Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama
Fenomena turut menyebabkan kadar air sungai meningkat secara mendadak dan banjir kilat di kawasan penempatan terutama di kawasan tinggi.

Petugas barisan hadapan di wilayah sempadan Thailand akan diberi vaksin
Kementerian Kesihatan Awam akan mengedarkan vaksin kepada kawasan berisiko di wilayah utara negara itu susulan laporan bahawa pelarian Myanmar menyeberangi sempadan.

Mangsa banjir di Johor meningkat mendadak
Jumlah mangsa banjir di tiga lagi daerah membabitkan 267 orang daripada 63 keluarga di tiga PPS di Tangkak, Muar dan Pontian.