Penduduk di Jalan Tempua, Bandar Puchong Jaya mendakwa pemaju projek kondominium mewah di kawasan itu tidak mematuhi surat arahan pemberhentian kerja pembinaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Penduduk disitu melahirkan kerisauan bahawa kejadian tidak diingini seperti tanah runtuh boleh berlaku pada bila-bila masa disebabkan pemaju tidak patuh pada arahan diberi.
“Semasa projek berkenaan baru dimulakan, pemaju mendakwa mereka hanya akan membina tiga blok tetapi kini lima blok bangunan yang dibina,” kata seorang penduduk Yong Wee Teck.
Seorang lagi penduduk, Jaya Veera berkata pada mulanya penduduk disitu bersetuju dengan projek pembinaan tersebut namun membantah apabila mengetahui bangunan yang lebih tinggi akan dibina.
“Kawasan bukit ini tidak selamat untuk bangunan tinggi seperti pembinaan kondominium yang dirancang itu,” katanya.
Penduduk mendakwa mereka telah membuat aduan kepada MPSJ dan surat arahan pemberhentian kerja pembinaan telah dikeluarkan.
Walaubagaimanapun, penduduk mendakwa kerja-kerja pembinaan masih dijalankan.
Apabila dihubungi, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi mengatakan mereka akan menyiasat dakwaan oleh penduduk bahawa pemaju telah melanggar arahan MPSJ.
“Arahan pemberhentian kerja pembinaan masih berkuatkuasa sehingga kini sehingga diberitahu kelak. Pemaju tidak boleh meneruskan kerja. Kami akan menyiasat berhubung dakwaan ini,” kata Asmawi.
Arahan pemberhentian kerja pembinaan ini dikeluarkan oleh MPSJ pada Disember lepas selepas sebuah trak yang membawa bahan-bahan digunakan untuk kerja pembinaan hilang kawalan dan merempuh sebuah rumah di kawasan itu.
Beliau turut menambah bahawa Menteri Besar Selangor telah meminta Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menilai projek tersebut sama ada ia boleh diteruskan atau tidak.
Astro Awani
Fri Feb 01 2013

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Video tular banjir kilat di Puchong kejadian 1 November lalu
Kejadian berlaku disebabkan parit monsun jenis sistem saliran tiga kekotak di lokasi berkenaan yang berkapasiti rendah tidak dapat menyalurkan air keluar dari kawasan berkenaan.
Penduduk dakwa pemaju langgar arahan MPSJ
Penduduk di Jalan Tempua, Bandar Puchong Jaya mendakwa pemaju kondominium tidak mematuhi arahan berhenti kerja pembinaan yang dikeluarkan oleh MPSJ.

Risiko tanah runtuh di Bandar Puchong Jaya
Penduduk di Jalan Tempua, Bandar Puchong Jaya berdepan risiko menjadi mangsa tanah runtuh.