PUCHONG: Video tular memaparkan kejadian banjir kilat di kawasan parkir pusat komersial di Bandar Puchong Jaya hingga mengakibatkan beberapa kenderaan tenggelam yang tersebar di media sosial disahkan berlaku pada 1 November lalu.
Dalam rakaman beberapa video yang tersebar itu, kenderaan yang diletakkan di sekitar Jalan Kenari, Bandar Puchong Jaya dirakam ditenggelami air selain limpahan air deras di kawasan perparitan berdekatan.
Jurucakap Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang.
“Video yang tular menunjukkan pemandu mengharungi arus air yang bertakung bermula dari laluan susur masuk dari LDP ke Persiaran Puchong Selatan.
“Banjir kilat tersebut mengakibatkan limpahan air masuk ke dalam lot-lot kedai di kawasan berkenaan serta beberapa kereta turut ditenggelami air,” katanya.
Tangkap layar video tular mengenai limpahan air deras di kawasan perparitan berdekatan pusat komersial di Bandar Puchong Jaya.
Menurutnya, kejadian berlaku disebabkan parit monsun jenis sistem saliran tiga kekotak di lokasi berkenaan yang berkapasiti rendah tidak dapat menyalurkan air keluar dari kawasan berkenaan.
Tambahnya, penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi banjir kilat di kawasan itu adalah dengan pelaksanaan projek kerja-kerja naik taraf sistem saliran yang kini dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
“Kerja naik taraf itu melibatkan penambahan tiga kekotak baru untuk menyalurkan air dengan lebih efisien.
“Projek kerja-kerja naik taraf tersebut telah dimulakan pada 25 November 2019,” katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian sedang dalam usaha menghubungi MBSJ bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara tersebut.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 30 2021

Kejadian banjir kilat di kawasan parkir pusat komersial di Bandar Puchong Jaya 1 Novermber lalu hingga mengakibatkan beberapa kenderaan tenggelam. -Gambar fail/video tular

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Video tular banjir kilat di Puchong kejadian 1 November lalu
Kejadian berlaku disebabkan parit monsun jenis sistem saliran tiga kekotak di lokasi berkenaan yang berkapasiti rendah tidak dapat menyalurkan air keluar dari kawasan berkenaan.