Sistem pendidikan di negara ini perlu merangkumi pendidikan kewarganegaraan digital bagi menangani dan mengekang isu sosial di ruang siber, kata seorang ahli akademik.
Pensyarah kanan Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Termit Kaur Ranjit Singh berkata kurikulum kewarganegaran digital perlu diperkenalkan memandangkan ramai pelajar mula menggunakan Internet sejak berusia enam tahun lagi.
Katanya pelajar perlu dididik dengan sikap positif apabila menggunakan Internet dan kewarganegaraan digital adalah umpama 'pasport' bagi mereka untuk menyaring antara yang baik dan buruk.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sabtu bersempena Kempen Kesedaran Siber, program tanggungjawab sosial korporat, yang dianjurkan bersama Microsoft dan Eduspec Holding Bhd untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang keselamatan siber.
Turut hadir pengarah undang-undang dan hal ehwal korporat Microsoft Malaysia Jasmine Begum, ketua pegawai eksekutif Eduspec Lim Een Hong dan eksekutif kanan, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kandungan CyberSecurity Malaysia Aaron Ikram Mokhtar.
Aaron Ikram berkata kes berkaitan keselamatan siber meningkat dengan mendadak sejak tiga tahun lepas berikutan kekurangan perlindungan sewajarnya.
Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Adab Warga Digital', beliau berkata faktor kemanusiaan merupakan kelemahan paling ketara yang menyebabkan berlakunya perkara demikian, di samping kekurangan nilai positif dalam kalangan pengguna Internet.
"Orang ramai perlu mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan privasi seperti mempunyai pengetahuan tentang alat dan hubungan, memahami platform dan berhati-hati tentang perkara yang diperkatakan dan dikongsi secara dalam talian," katanya.
Bernama
Sun Nov 17 2013


'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.

IRC 2025 tekankan inovasi, kawal selia dalam era digital
IRC 2025 telah membuktikan bahawa kerjasama mampu menjadi pemangkin penciptaan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan.

RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.

'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.

TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.

Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.

'Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik'
Anuar berkata, antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan digital di sekolah.

Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.

ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.

Jurang digital dirapatkan dengan CONNECTme, inisiatif e-dagang dan telekesihatan – MEASAT
Teknologi satelit telah digunakan untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai infrastruktur ketersambungan asas.