Polis Sabah akan memperketatkan kawalan di beberapa kawasan di Kota Kinabalu berikutan pendengaran keputusan mahkamah melibatkan saman bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang mencabar pelantikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 7 November ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata selain sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pihak polis juga meningkatkan kawalan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dan beberapa kawasan lain, namun enggan mengulas kawasan lain itu.
“Saya ingin menasihatkan agar penyokong kedua-dua pihak (Musa dan Mohd Shafie) supaya menghormati keselamatan dan ketenteraman awam.
“Polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan gangguan terhadap keselamatan orang lain dan prosiding mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah antara Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Sabah SAC Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, yang memangku Timbalan PJP Negeri, dan bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Zaini Jass di sini hari ini.
Pada 6 Jun lalu, Musa yang juga Adun Sungai Sibuga, memfailkan saman terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie 17 Mei lepas memohon pengisytiharan Musa kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.
Mengenai kekecohan pada pemilihan PKR di Keningau Sabtu lepas (3 November), Omar berkata beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau untuk merakamkan keterangan saksi mengenai kejadian itu.
Pemilihan Cabang PKR Keningau kecoh apabila penyokong seorang calon yang bertanding jawatan Ketua Cabang itu bertindak menceroboh pusat pemilihan selepas pusat berkenaan ditutup pada jam 4 petang.
Sementara itu, Omar memberitahu pihak polis telah menyelesaikan siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di sebuah pusat tahanan sementara di Papar dan akan menyerahkan kes itu kepada Pejabat Pengarah Pendakwa Raya Sabah untuk tindakan lanjut.
Katanya, seorang suspek yang dipercayai bertugas sebagai salah seorang pengawal pusat tahanan itu ditahan polis dan dipercayai mangsa dan suspek saling mengenali satu sama lain.
Mangsa, yang ditahan di pusat itu sejak November tahun lepas dan telah dihantar pulang ke negara asalnya Filipina selepas kejadian, didakwa dirogol di pusat itu pada Mei lepas dan hamil enam bulan.
Bernama
Mon Nov 05 2018
Musa Aman (bersongkok) ketika tiba di bangunan SPRM pagi tadi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Dadah yang dirampas itu mampu menanggung penggunaan 30,000 penagih dadah.