KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.
Penahanan lelaki berusia 40-an itu di Sabah pada Jumaat dibuat setelah polis menahan seorang wanita yang merupakan kakitangan sebuah bank di Kota Kinabalu, Sabah, 13 Jun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mohamed Ramli Yoosuf berkata lelaki itu dipercayai terlibat secara langsung dalam kes tersebut.
"Setakat ini, kita menahan dua individu dan percaya lebih ramai lagi yang terbabit dalam sindiket pakatan jenayah ini sehingga berlakunya transaksi pengeluaran wang daripada akaun simpanan tetap," katanya ketika dihubungi.
Semalam, Ramli berkata siasatan menunjukkan terdapat penglibatan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang kerana ia hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman bank.
Beliau berkata pihaknya menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank pada awal Jun lepas di Petaling Jaya, Selangor apabila mangsa menyedari terdapat pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.
Ramli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang mengesan serta mengenal pasti beberapa individu lain yang terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Mohamed Ramli berkata lelaki itu dipercayai terlibat secara langsung dalam kes tersebut.- Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Curi RM24.2 juta: 14 individu ditahan terima komisen antara RM100,000 hingga RM240,000
Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.

Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta
Polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.

Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.

CBP sasar 2,000 akaun Simpanan-i Salam
Co-opbank Pertama (CBP) menyasarkan lebih 2,000 akaun Simpanan-i Salam MyStar dibuka pada tahun 2022.

Dua pegawai imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Mohd Faizzan didakwa atas tiga pertuduhan menerima suapan RM1,000 daripada tiga individu yang bertindak sebagai orang tengah bagi melepaskan warga China daripada sebarang tindakan.