PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak aset bernilai lebih RM3.2 juta milik bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan lapan lagi.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Abdul Latif dan lapan yang lain atas alasan rayuan mereka tidak mempunyai merit.
Lapan perayu lain ialah anak lelaki Abdul Latif iaitu Mohd Fauzan Hatim dan menantu perempuannya, dua syarikat iaitu Wash N Chill Enterprise dan Alaf Pentawaris Sdn Bhd, perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, Mazita Mahmod serta Hartini Jalani.
Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Ahmad Zaidi berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam penemuannya berhubung isu yang dibangkitkan oleh peguam mereka, oleh itu beliau mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 27 Mei 2019, Mahkamh Sesyen telah menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak aset terbabit dan mengarahkan agar ia dipulangkan kepada pemiliknya.
Pada 19 Dis 2021, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengarahkan aset milik perayu dilucut hak selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan bahawa ia diperoleh daripada hasil haram.
Aset itu termasuk 20 kenderaan mewah seperti Mercedes Benz G63 AMG, Bentley Continental GT Coupe, Land Rover Proversport, Nissan Skyline, Toyota Vellfire, Honda HRV dan motosikal Harley Davidson motorcycle serta 36 utas jam tangan berjenama, 32 unit beg tangan berjenama, 14 unit barang kemas serta wang tunai dalam mata wang Malaysia, Singapura, Hong Kong, Kuwait, Korea dan Jepun.
Abdul Latif, anak lelakinya dan Amir Shariffudin dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Johor pada 2022 daripada pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun lepas.
Pendakwaan telah menarik balik rayuannya terhadap Abdul Latif namun meneruskan kes bagi Mohd Fauzan dan Amir Shariffudin.
Pada prosiding hari ini, kesemua perayu diwakili oleh peguam Siti Sarah Khalil manakala Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol hadir bagi pihak pendakwaan.
Terdahulu, panel sama menolak rayuan pendakwaan untuk melucut hak aset daripada enam responden termasuk adik perempuan Low Taek Jho iaitu Low May Lin yang didakwa diperoleh daripada dana 1Malaysia Development Bhd (IMDB).
Ahmad Zaidi berkata tiada bukti dalam jejak wang kes itu yang boleh dikaitkan dengan aset yang dirampas dalam kes ini.
Pihak pendakwaan memohon melucut hak aset daripada Casa Rialto Sdn Bhd, Low, STH Motor Sdn Bhd, Sempadan Seloka Sdn Bhd, Penas Health Care Sdn Bhd dan Ooi Chin Choo.
Kerajaan telah memohon untuk melucut hak aset milik Casa Rialto iaitu sebuah ofis yang terletak di Pusat UOA di Jalan Pinang, Kuala Lumpur serta sebuah kondominium milik Low di 3 Kia Peng, Kuala Lumpur, dua Toyota Alphard milik STH Motor Sdn Bhd, wang sebanyak RM211, 607. 60 serta faedah daripada akaun semsa milik Sempadan Seloka.
Kerajaan juga ingin melucut hak wang berjumlah RM168,758.65 dan faedah daripada akaun semasa Penas Health Care serta wang tunai RM125, 461.95 dan 26 botol minuman beralkohol daripada Ooi.
Pada Ogos 2022, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pelucuthakan kerajaan.
Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai dan P. Sarulatha mewakili kerajaan manakala peguam M. Puravelan dan M. Moganasundari mewakili Casa Rialto dan Low, peguam Phang Soon Mun dan Darren Ee Kin Chung bagi STH Motor, Tan Yong Fun bagi Sempadan Seloka serta Penas Health Care manakala Lavinia Kumaraendran bagi Ooi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024
![Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659856762_AbdulLatifBandi.jpg)
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak aset bernilai lebih RM3.2 juta milik bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan lapan lagi. - Gambar fail
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659856762_AbdulLatifBandi.jpg)
Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak aset bernilai lebih RM3.2 juta milik bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan lapan lagi.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712658182_TBMAHKAMAHPUTRAJAYA.jpg)
Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri dan empat lagi untuk mengembalikan semula dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
![Kedah failkan rayuan, pertahan keputusan tutup premis judi Kedah failkan rayuan, pertahan keputusan tutup premis judi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696917662_pertuduhanmenghasut.jpg)
Kedah failkan rayuan, pertahan keputusan tutup premis judi
Muhammad Sanusi berkata, setakat ini notis rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun lalu.
![Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati dijatuhkan terhadap seorang lelaki berusia 41 tahun kepada penjara 35 tahun, kerana sabitan membunuh seorang pencuci rumah warga Indonesia pada 2017.
![Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718945016_ChefWan.jpg)
Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu
Chef Wan berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk meneruskan kehidupannya.
![Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
![Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684483688_TBhukummati.jpg)
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
![Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714461485_courtgavelmahkam.jpg)
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
![Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714461485_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.