KUALA LUMPUR: ‘Public Relations and Communications Association (PRCA) Malaysia’ dan ‘Public Relations Practitioners Society of Malaysia (PRactitioners)’ mengulas kenyataan yang ditimbulkan dalam sebuah akhbar tempatan tentang cadangan untuk memperkenalkan Akta Perhubungan Awam yang bakal mengawal selia pengamal perhubungan awam Malaysia.
Walaupun kami menyokong cadangan untuk mempertingkatkan piawaian dalam industri perhubungan awam, adalah penting untuk mengambil pendekatan konsultatif dalam kalangan pengamal-pengamal bagi mempertimbangkan sama ada perlunya akta tersebut.
Sebarang akta bagi mana-mana industri seharusnya direncanakan dengan teliti dan dibangunkan melalui perbincangan menyeluruh yang melibatkan kesemua pihak berkepentingan.
Menurut Presiden PRCA Malaysia, Prof. Mohd Said Bani C.M. Din, sememangnya mudah untuk menimbulkan cadangan, namun tanpa pendekatan konsultatif, persoalan tentang perlunya akta tersebut bakal membawa percanggahan pendapat dan justifikasi.
"Industri ini melibatkan pengamal dari pelbagai industri lain dengan tahap kepakaran tersendiri. Kita tidak
boleh mendesak undang-undang dibuat tanpa perancangan teliti dan perbincangan yang inklusif. Skop sebarang akta seharusnya dipertimbangkan dengan baik.
"Ia merangkumi amalan etika, ketelusan, akauntabiliti, kecekapan profesional, kepentingan awam dan
piawaian industri. Tanpa asas yang kukuh dan penglibatan kesemua pihak berkepentingan,
risiko pengamal dan industri yang berpecah belah, akan timbul,” katanya.
Dalam pada itu kata Pengerusi PRactitioners, Datuk P. Kamalanathan, walaupun niat di sebalik cadangan
Akta Perhubungan Awam adalah baik, amat penting bagi kita untuk mengambil pendekatan dengan perspektif yang seimbang.
"Persetujuan perlu dicapai sebagai satu industri, bahawa akta sedemikian diperlukan. Jika konsesus ini dicapai, akta ini harus dibangunkan dengan maklum balas menyeluruh daripada semua pihak berkepentingan termasuk pengamal terbaik dan berpengalaman dalam industri.
"Keutamaannya adalah untuk menetapkan rangka kerja yang mengekalkan piawaian amalan etika dan profesionalisma tertinggi, tanpa menimbulkan perpecahan atau gangguan kepada pengamal sedia ada.
Pengamal perhubungan awan perlu bersatu sebagai satu komuniti untuk membentuk masa depan industri secara kolaboratif, agar sebarang langkah mengawalselia akan memperkukuh dan bukan menghalang kemajuan kolektif industri,” jelasnya.
Satu fakta utama yang membawa kepada percanggahan pendapat adalah cadangan proses akreditasi mandatori, pendaftaran, dan perlesenan pengamal. Kenyataan yang dibuat menimbulkan kebimbangan dan beberapa persoalan.
Pertama, badan manakah yang berkelayakan untuk mengawasi akreditasi dan perlesenan pengamal?
Kedua, keperluan sedemikian mungkin menghalang graduan berkelulusan tinggi daripada menjadi pengamal tanpa pensijilan tambahan yang dicadangkan.
Ketiga, keperluan perlesenan yang dicadangkan bakal mengganggu atau menghindar kerjaya ramai pengamal yang sedia ada.
Proses akreditasi sepatutnya dicadangkan sebagai pilihan dan bukannya mandatori. Dalam konteks ini, sekiranya komunikasi tentang manfaat akreditasi dijalankan dengan efektif, pengamal tidak perlu diwajibkan melalui proses akreditasi, malah bakal memilih akreditasi sebagai langkah terbaik untuk mereka.
Langkah mewajibkan akreditasi ini sudah pasti akan menimbulkan ketidakpuasan dan akan dianggap sebagai langkah yang tidak praktikal mahupun adil.
Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat di dalam media tentang akta tersebut, tidak mewakili industri dan pengamal perhubungan awam dan komunikasi secara menyeluruh.
Bercanggah dengan apa yang dinyatakan, tiada langkah yang diambil oleh mana-mana pihak untuk mengadakan perbincangan dengan PRCA Malaysia, PRactitioners dan ahli-ahli kami tentang perkara ini.
Walaupun niatnya baik, namun anggapan bahawa cadangan akta ini bakal menjadi jalan penyelesaian bagi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengamal industri secara keseluruhan, berkemungkinan memperlekehkan realiti yang dihadapi oleh pengamal perhubungan awam.
Dalam konteks ini, kita perlu menghindar daripada memberi gambaran yang tidak tepat.
Kenyataan yang mencerminkan bahawa sesebuah persatuan telahpun memulakan langkah untuk memperkenalkan sesuatu akta, perlu dipersoalkan. Tugasan ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan atau agensinya, dan kenyataan tentang sesuatu akta yang bakal diperkenalkan seharusnya dilakukan oleh pegawai kerajaan atau jabatan yang berkaitan bagi memastikan kredibiliti dan kewibawaan dan bukan dari sebuah persatuan.
Secara umumnya, adalah tidak wajar bagi seseorang pengamal industri untuk membuat kenyataan tentang satu Akta Parlimen yang belum pernah timbul atau diperbincangkan secara menyeluruh. Sekiranya sesuatu akta berada pada tahap pertimbangan, sebarang pengumuman seharusnya dibuat oleh pihak kerajaan bagi mengelak percanggahan kepentingan dan perkongsian maklumat yang salah atau kurang tepat.
Pengamal industri boleh membuat kenyataan atau berkongsi pendapat selepas pengumuman rasmi telah
dilakukan.
Sekiranya Akta Perhubungan Awam adalah pilihan terbaik bagi industri, hanya kementerian yang relevan seharusnya mempunyai mandat untuk menerajui inisiatif ini, dan menjemput pengamal perhubungan awam serta kesatuan berkenaan sebagai satu komuniti, untuk memperbincangkan inisiatif ini.
Pendekatan kolaborasi akan membantu menentukan masa depan industri dengan matlamat menyatu dan memperkukuhkan industri perhubungan awam, secara keseluruhan.
Walaupun PRCA Malaysia dan Practitioners menyokong usaha untuk meningkatkan piawaian industri perhubungan awam, pendekatan yang diambil mesti bersifat inklusif, terancang, dan mewakili semua pihak berkepentingan. PRCA Malaysia dan Practitioners terus komited untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan sebarang rangka kerja undang-undang dapat memberi manfaat kepada industri secara keseluruhan, dan mengekalkan piawaian profesionalisma dan etika yang tertinggi dalam kalangan pengamal industri.
Astro Awani
Fri Jul 12 2024

Kata mereka, langkah mewajibkan akreditasi ini sudah pasti akan menimbulkan ketidakpuasan dan akan dianggap sebagai langkah yang tidak praktikal mahupun adil. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pendekatan kerjasama industri penting sebelum pertimbang cadangan Akta Perhubungan Awam
PRCA) Malaysia dan Public Relations Practitioners Society of Malaysia (PRactitioners) mengulas kenyataan yang ditimbulkan dalam sebuah akhbar tempatan tentang cadangan untuk memperkenalkan Akta Per